{"id":5526,"date":"2025-11-27T08:18:20","date_gmt":"2025-11-27T08:18:20","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5526"},"modified":"2025-11-27T08:18:24","modified_gmt":"2025-11-27T08:18:24","slug":"art-lindung-eksport-dan-ekonomi-malaysia-tengku-zafrul","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/art-lindung-eksport-dan-ekonomi-malaysia-tengku-zafrul\/","title":{"rendered":"ART lindung eksport dan ekonomi Malaysia: Tengku Zafrul"},"content":{"rendered":"<p>Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyifatkan Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART) dengan Amerika Syarikat adalah penting sebagai mekanisme perlindungan ekonomi untuk Malaysia.<\/p>\n<p>Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri memberi amaran negara berdepan risiko besar, termasuk kehilangan akses ke pasaran AS yang mencecah hampir RM200 bilion tahun lepas, sekiranya tidak menyertai perjanjian ini.<\/p>\n<p>Menurut Tengku Zafrul, lebih satu juta peluang pekerjaan dan 7,700 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) turut berisiko terjejas ekoran gangguan rantaian bekalan dan peralihan pelaburan ke negara lain.<\/p>\n<p>\u201cDengan ART, Malaysia boleh mengekalkan daya saing global, melindungi eksport bernilai tinggi terutama dalam sektor elektrik dan elektronik (E&amp;E) dan semikonduktor yang memberikan kepastian kepada pelabur dan mengelak tindakan tarif unilateral,\u201d jelasnya semasa sidang media di Parlimen.<\/p>\n<p>Beliau menolak dakwaan perjanjian ini hanya menguntungkan AS dan menggadai kedaulatan negara.<\/p>\n<p>\u201cPerjanjian itu tidak mengikat dasar domestik Malaysia dan tidak memerlukan liberalisasi tarif atau pembukaan pasaran yang tidak seimbang. ART tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti makanan, data, pertahanan atau keselamatan dalaman,\u201d tegasnya sambil menekankan Malaysia mengekalkan lebihan perdagangan yang besar dengan AS iaitu sebanyak RM75 bilion tahun lalu.<\/p>\n<p>Mengenai hubungan dengan China, Zafrul menafikan sebarang kesan negatif.<\/p>\n<p>\u201cIni bukan perjanjian geopolitik. Ia perjanjian perdagangan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Tambah beliau, Malaysia terus mengekalkan akses kukuh ke pasaran lain melalui FTA ASEAN-China, RCEP dan CPTPP.<\/p>\n<p>Beliau juga menolak dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan ART menjejaskan hak Bumiputera dengan menyatakannya sebagai fitnah.<\/p>\n<p>\u201cSepanjang rundingan, hak Bumiputera antara salah satu garisan merah kami. Ia langsung tidak terjejas.<\/p>\n<p>\u201cSaya cabar Tun M untuk menunjukkan klausa yang kononnya memberikan status Bumiputera kepada syarikat AS,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, beliau menggesa Ahli Parlimen agar menumpukan perbincangan kepada hasil keseluruhan ART.<\/p>\n<p>\u201cKita mesti melihat hasil, adakah perdagangan kita akan terjejas, adakah ekonomi kita akan terjejas,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Setakat ini, tiada rancangan untuk mengkaji semula perjanjian itu, dan sebarang semakan pada masa depan memerlukan persetujuan bersama.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyifatkan Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART) dengan Amerika Syarikat adalah penting sebagai mekanisme perlindungan ekonomi untuk Malaysia. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri memberi amaran negara berdepan risiko besar, termasuk kehilangan akses ke pasaran AS yang mencecah hampir RM200 bilion tahun lepas, sekiranya tidak menyertai perjanjian ini. Menurut Tengku Zafrul, lebih [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1403,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2214,2455,367,2554,2246,2553,2552],"authors":[],"class_list":["post-5526","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-art","tag-menteri-pelaburan","tag-miti","tag-perdagangan-dan-industri","tag-perjanjian-perdagangan-timbal-balas","tag-pks","tag-tengku-zafrul-tengku-abdul-aziz"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5526","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5526"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5526\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5527,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5526\/revisions\/5527"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1403"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5526"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5526"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5526"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5526"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}