{"id":5528,"date":"2025-11-27T08:56:17","date_gmt":"2025-11-27T08:56:17","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5528"},"modified":"2025-11-27T08:56:17","modified_gmt":"2025-11-27T08:56:17","slug":"armizan-gesa-pengundi-sabah-waspada-janji-lama-bn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/armizan-gesa-pengundi-sabah-waspada-janji-lama-bn\/","title":{"rendered":"Armizan gesa pengundi Sabah waspada janji lama BN"},"content":{"rendered":"<p>Rakyat Sabah diingatkan agar berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji menarik daripada Barisan Nasional (BN) dan UMNO, khususnya yang berkaitan dengan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).<\/p>\n<p>Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Armizan Mohd Ali memberi peringatan itu susulan beberapa pemimpin utama BN-UMNO yang berjanji macam-macam pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini tetapi sebenarnya sudah gagal sejak berpuluh tahun mentabdir sebelum ini.<\/p>\n<p>\u201cMalangnya, kita perlu berhati-hati menerima aku janji BN-Umno. Ini kerana apa yang dilafaz nampaknya tidak seperti dibuat. Seringkali dilihat tindak tanduk mereka mengutamakan kepentingan parti berbanding kepentingan negeri,\u201dkata Armizan dalam satu kenyataan, pada Khamis.<\/p>\n<p>Beliau memberikan contoh terkini melalui isu pemberian elaun Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).<\/p>\n<p>Menurutnya, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah menghentikan penyaluran peruntukan elaun JKKK kepada Kerajaan Negeri Sabah mulai 2024.<\/p>\n<p>\u201cSebaliknya, KKDW melantik pentadbiran kampung sendiri yang dijenamakan sebagai Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM). Tindakan memecah belah masyarakat di kampung ini umpama pendekatan \u2018divide and rule\u2019,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Akibat tindakan itu, Kerajaan Sabah terpaksa mengeluarkan peruntukan tambahan anggaran sebanyak RM20 juta setahun untuk menampung keperluan elaun JKKK.<\/p>\n<p>\u201cBayangkan, kadar RM20 juta ini dianggarkan boleh menampung keperluan menaik taraf jalan kampung sepanjang 40km,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Armizan juga menyatakan keyakinannya pendekatan ini adalah atas syor UMNO-BN Sabah kepada KKDW.<\/p>\n<p>\u201cDi Sarawak tidak ada JKDM, sebab tidak wujud UMNO-BN di sana. Cara ini menzahirkan polisi komitmen MA63 ke laut.<\/p>\n<p>\u201cAdakah lebih banyak lagi perkara serupa ini akan dibikin balik di Sabah? Sabahan, fikir-fikirkanlah,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rakyat Sabah diingatkan agar berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji menarik daripada Barisan Nasional (BN) dan UMNO, khususnya yang berkaitan dengan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Armizan Mohd Ali memberi peringatan itu susulan beberapa pemimpin utama BN-UMNO yang berjanji macam-macam pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1217,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[427,378,151,103,102,146],"authors":[],"class_list":["post-5528","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-armizan-mohd-ali","tag-bn","tag-grs","tag-prn","tag-sabah","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5528","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5528"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5528\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5529,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5528\/revisions\/5529"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1217"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5528"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5528"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5528"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5528"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}