{"id":5533,"date":"2025-11-27T19:25:55","date_gmt":"2025-11-27T19:25:55","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5533"},"modified":"2025-11-27T19:25:55","modified_gmt":"2025-11-27T19:25:55","slug":"hak-40-peratus-hasil-sabah-akan-dilaksanakan-janji-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/hak-40-peratus-hasil-sabah-akan-dilaksanakan-janji-pmx\/","title":{"rendered":"Hak 40 peratus hasil Sabah akan dilaksanakan, janji PMX"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim memberi jaminan isu pemulangan 40 peratus hasil negeri kepada Sabah telah menemui jalan penyelesaian muktamad dan akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Kerajaan MADANI.<\/p>\n<p>Perdana Menteri menegaskan perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet dan tidak akan dipersoalkan lagi dengan memberi komitmen untuk menunaikan janji kepada rakyat Sabah.<\/p>\n<p>\u201cKenapa persoal tentang 40 peratus? Sekarang ini, kerajaan ini menerusi Kabinet sudah bincang.<\/p>\n<p>\u201cSaya semak Kabinet, semua setuju 40 peratus? Setuju. Nak rayu (di mahkamah)? Tidak. 40 peratus selesai? Ya sudah selesai,\u201d kata Anwar ketika berucap pada Program Grand Finale Harapan Urang Sabah di tapak parkir Stadium Likas malam tadi.<\/p>\n<p>\u201cBoleh ke begitu? Saya cakap di Parlimen selaku Perdana Menteri. Selesai. 40 peratus bukan lagi isu. Ia akan dilaksanakan. Kerajaan mana? Kerajaan sekarang. Dulu? Tak ada. Ini yang kita kena buat,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan inisiatif besar Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan keupayaan digital Sabah, iaitu pembinaan kabel dasar laut bernilai RM2 bilion yang akan menghubungkan Semenanjung, Sabah, dan Sarawak.<\/p>\n<p>Beliau berkata projek infrastruktur tersebut akan merapatkan jurang digital antara wilayah.<\/p>\n<p>Namun, Anwar menekankan kemajuan teknologi digital perlu dinikmati oleh seluruh rakyat, bukan hanya untuk segelintir golongan sahaja.<\/p>\n<p>\u201cKemajuan teknologi digital perlu memanfaatkan rakyat dan bukan sesetengah golongan sahaja,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Pengumuman ini diharap dapat memberi keyakinan bahawa tuntutan sejarah Sabah itu akhirnya akan ditunaikan, sekaligus membawa pembangunan yang lebih saksama untuk rakyat negeri ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim memberi jaminan isu pemulangan 40 peratus hasil negeri kepada Sabah telah menemui jalan penyelesaian muktamad dan akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Kerajaan MADANI. Perdana Menteri menegaskan perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet dan tidak akan dipersoalkan lagi dengan memberi komitmen untuk menunaikan janji kepada rakyat Sabah. \u201cKenapa persoal tentang 40 peratus? Sekarang ini, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5534,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,2380,1759,727,18,103,102],"authors":[],"class_list":["post-5533","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-hasil-40-peratus","tag-janji","tag-pakatan-harapan","tag-pmx","tag-prn","tag-sabah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5533","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5533"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5533\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5535,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5533\/revisions\/5535"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5534"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5533"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5533"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5533"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5533"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}