{"id":5544,"date":"2025-11-28T02:05:02","date_gmt":"2025-11-28T02:05:02","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5544"},"modified":"2025-11-28T02:05:02","modified_gmt":"2025-11-28T02:05:02","slug":"warisan-persoal-siasatan-sprm-petik-kes-ismail-sabri-dengan-skandal-video-grs","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/warisan-persoal-siasatan-sprm-petik-kes-ismail-sabri-dengan-skandal-video-grs\/","title":{"rendered":"Warisan persoal siasatan SPRM, petik kes Ismail Sabri dengan skandal video GRS"},"content":{"rendered":"<p>Warisan membangkitkan kebimbangan serius mengenai layanan berbeza dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang didakwa mengamalkan dua layanan berbeza terhadap pihak kerajaan dan pembangkang.<\/p>\n<p>Ketua Penerangan Warisan, Azis Jamman berkata keyakinan awam terhadap penguatkuasaan undang-undang semakin terhakis ekoran wujudnya persepsi tindakan terpilih ini.<\/p>\n<p>Azis membangkitkan perbezaan ketara dalam siasatan melibatkan dua bekas pemimpin.<\/p>\n<p>\u201cDalam kes bekas Perdana Menteri, beliau tidak direman atau dipakaikan baju oren SPRM walaupun dilaporkan melibatkan ratusan juta ringgit.<\/p>\n<p>\u201cSebaliknya, dalam kes Datuk Seri Shafie Apdal, di mana tiada wang ditemui dan tiada bukti salah laku, beliau direman lebih seminggu, dipaksa tidur di lantai lokap dan dipakaikan baju oren,\u201d katanya dalam kenyataan media.<\/p>\n<p>Beliau memberi amaran kepercayaan terhadap institusi semakin merosot apabila rakyat melihat dua standard yang berlainan diamalkan.<\/p>\n<p>\u201cLayanan yang berbeza itu sahaja sudah menimbulkan persoalan serius tentang keadilan dan konsistensi,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau turut mempersoalkan perkembangan siasatan di Sabah, yang didakwa \u2018senyap\u2019 ketika pilihan raya negeri berlangsung.<\/p>\n<p>\u201cHanya dua individu dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) didakwa setakat ini, sedangkan beberapa tokoh lain yang dirakam dan mengaku menerima wang daripada Albert Tei masih belum didakwa.<\/p>\n<p>\u201cAdakah mereka dilindungi kerana memegang jawatan penting atau berguna secara politik?\u201d soal Azis.<\/p>\n<p>Mengulas video terbaharu Albert Tei yang melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, Azis menegaskan beliau perlu menarik diri daripada semua siasatan.<\/p>\n<p>\u201cDemi kredibiliti, Azam Baki mesti menarik diri daripada semua siasatan berkaitan kes mineral Sabah. Persepsi awam terhadap berat sebelah hanya akan menjadi lebih teruk jika individu yang turut dikaitkan terus menyelia siasatan ini,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Azis juga menggesa kerajaan untuk bertindak konsisten dan telus dalam isu siasatan kes rasuah tanpa mengira latar belakang dan memilih bulu.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan perlu menegakkan ketelusan dan memastikan layanan sama rata untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kecenderungan politik. Hanya dengan cara itu keyakinan terhadap institusi negara dapat dipulihkan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Warisan membangkitkan kebimbangan serius mengenai layanan berbeza dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang didakwa mengamalkan dua layanan berbeza terhadap pihak kerajaan dan pembangkang. Ketua Penerangan Warisan, Azis Jamman berkata keyakinan awam terhadap penguatkuasaan undang-undang semakin terhakis ekoran wujudnya persepsi tindakan terpilih ini. Azis membangkitkan perbezaan ketara dalam siasatan melibatkan dua bekas pemimpin. \u201cDalam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":994,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1802,151,24,2549,23,21,239],"authors":[],"class_list":["post-5544","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-albert-tei","tag-grs","tag-rasuah","tag-shamsul-iskandar-mohd-akin","tag-siasatan","tag-sprm","tag-warisan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5544","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5544"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5544\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5545,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5544\/revisions\/5545"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/994"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5544"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5544"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5544"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5544"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}