{"id":5548,"date":"2025-11-28T12:36:22","date_gmt":"2025-11-28T12:36:22","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5548"},"modified":"2025-11-28T12:36:22","modified_gmt":"2025-11-28T12:36:22","slug":"shamsul-iskandar-turut-ditahan-sprm-dalam-siasatan-video-rasuah-tular-tei","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/shamsul-iskandar-turut-ditahan-sprm-dalam-siasatan-video-rasuah-tular-tei\/","title":{"rendered":"Shamsul Iskandar turut ditahan SPRM dalam siasatan video rasuah tular Tei"},"content":{"rendered":"<p>Bekas setiausaha politik kanan kepada Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin, telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.<\/p>\n<p>Beliau ditahan pada jam 12.51 tengah hari, kira-kira sejam selepas memberikan keterangan di ibu pejabat SPRM di sini.<\/p>\n<p>Penahanan ini dibuat selepas dua lagi individu iaitu ahli perniagaan Albert Tei dan seorang wanita, Sofia Rini Buyong.<\/p>\n<p>Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, dalam satu kenyataan video yang dimuat naik di TikTok rasmi suruhanjaya itu, mengesahkan penahanan tersebut.<\/p>\n<p>&#8220;Ingin saya tegaskan, kes ini merupakan kes berkepentingan awam dan atas faktor itu SPRM telah menjalankan siasatan dengan kadar segera agar tidak dimanipulasi pihak tertentu.<\/p>\n<p>&#8220;Sehingga saat saya memberi kenyataan ini, SPRM telah menahan ketiga-tiga individu berkenaan untuk membantu siasatan,&#8221; jelas Azam.<\/p>\n<p>Azam juga memberitahu Sofia Rini telah ditahan lebih awal pada 27 November lepas.<\/p>\n<p>Tei, yang nama sebenarnya Tei Jiann Cheing, sebelum ini membuat pendedahan awam mendakwa memberikan wang kepada ahli politik di Sabah bagi mendapatkan lesen cari gali mineral.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan terbaru, Tei mendakwa telah membelanjakan RM629,000 untuk Shamsul Iskandar, yang didakwanya memberikan jaminan untuk mendapatkan semula wang yang disalurkan kepada ahli politik terbabit.<\/p>\n<p>Azam menekankan komitmen SPRM untuk menyiasat kes ini secara telus.<\/p>\n<p>&#8220;SPRM akan menyiasat kes ini secara profesional dan adil berlandaskan lunas undang-undang.<\/p>\n<p>&#8220;Saya telah mengarahkan pegawai siasatan saya agar melengkapkan siasatan dalam tempoh seminggu sebelum dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk keputusan beliau secepat mungkin,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>SPRM dijangka akan memohon perintah reman terhadap Shamsul Iskandar dan Tei di Mahkamah Majistret Putrajaya esok.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bekas setiausaha politik kanan kepada Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin, telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini. Beliau ditahan pada jam 12.51 tengah hari, kira-kira sejam selepas memberikan keterangan di ibu pejabat SPRM di sini. Penahanan ini dibuat selepas dua lagi individu iaitu ahli perniagaan Albert Tei dan seorang wanita, Sofia [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5473,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1802,115,24,2549,21,1070],"authors":[],"class_list":["post-5548","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-albert-tei","tag-azam-baki","tag-rasuah","tag-shamsul-iskandar-mohd-akin","tag-sprm","tag-tahan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5548","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5548"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5548\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5549,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5548\/revisions\/5549"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5473"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5548"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5548"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5548"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5548"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}