{"id":5577,"date":"2025-11-29T04:39:25","date_gmt":"2025-11-29T04:39:25","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5577"},"modified":"2025-11-29T06:41:04","modified_gmt":"2025-11-29T06:41:04","slug":"mahkamah-benarkan-permohonan-reman-enam-hari-shamsul-iskandar-dan-tei","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mahkamah-benarkan-permohonan-reman-enam-hari-shamsul-iskandar-dan-tei\/","title":{"rendered":"Mahkamah benarkan permohonan reman enam hari Shamsul Iskandar dan Tei"},"content":{"rendered":"<p>Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini membenarkan perintah reman enam hari terhadap ahli perniagaan Albert Tei dan bekas pegawai kanan kepada Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berhubung siasatan kes rasuah melibatkan lesen perlombongan di Sabah.<\/p>\n<p>Kedua-dua mereka dibawa ke kompleks mahkamah dalam keadaan bergari dan memakai pakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga.<\/p>\n<p>Mereka tiba secara berasingan untuk prosiding permohonan reman tersebut.<\/p>\n<p>Shamsul Iskandar, yang juga Ketua PKR Melaka, dilihat berdiam diri sepanjang perjalanan masuk ke mahkamah, sementara Tei dilihat beberapa kali melaung dan membuat kenyataan secara terbuka.<\/p>\n<p>\u201cInilah akibat melawan pemimpin tertinggi. Siapa lagi berani mendedahkan salah laku pemimpin tertinggi. Memalukan negara ini,\u201d luah Tei.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan SPRM, penahanan ketiga-tiga individu itu dibuat semalam.<\/p>\n<p>Shamsul Iskandar dan seorang lagi individu, Sofia Rini Buyong, ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas memberikan keterangan mereka.<\/p>\n<p>Manakala Tei diberkas di kediamannya di Puchong.<\/p>\n<p>Sofia, yang didakwa bertindak sebagai proksi, telah diberikan perintah reman empat hari semalam.<\/p>\n<p>Siasatan sedang dijalankan secara telus bagi memastikan semua aspek kes ini disiasat sepenuhnya mengikut peruntukkan undang-undang yang sedia ada.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini membenarkan perintah reman enam hari terhadap ahli perniagaan Albert Tei dan bekas pegawai kanan kepada Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berhubung siasatan kes rasuah melibatkan lesen perlombongan di Sabah. Kedua-dua mereka dibawa ke kompleks mahkamah dalam keadaan bergari dan memakai pakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5473,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1802,486,2549,23,21,56,1172],"authors":[],"class_list":["post-5577","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-albert-tei","tag-reman","tag-shamsul-iskandar-mohd-akin","tag-siasatan","tag-sprm","tag-tular","tag-video"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5577","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5577"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5577\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5578,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5577\/revisions\/5578"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5473"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5577"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5577"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5577"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5577"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}