{"id":5598,"date":"2025-11-30T07:28:59","date_gmt":"2025-11-30T07:28:59","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5598"},"modified":"2025-11-30T07:28:59","modified_gmt":"2025-11-30T07:28:59","slug":"operasi-spa-songsang-171-individu-dibebaskan-permohonan-reman-ditolak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/operasi-spa-songsang-171-individu-dibebaskan-permohonan-reman-ditolak\/","title":{"rendered":"Operasi Spa Songsang: 171 individu dibebaskan, permohonan reman ditolak"},"content":{"rendered":"<p>171 individu tempatan yang ditahan dalam serbuan besar-besaran ke atas sebuah pusat spa dan kesihatan di Chow Kit telah dibebaskan oleh mahkamah, kelmarin.<\/p>\n<p>Pembebasan itu berikutan permohonan reman terhadap kesemua mereka yang ditahan di pusat spa songsang itu ditolak atas faktor kelewatan permohonan yang dikemukakan oleh pihak polis.<\/p>\n<p>Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, mengesahkan perkara itu dan menjelaskan kelewatan permohonan reman berpunca daripada jumlah tangkapan yang terlalu ramai dan memerlukan proses pengelasan yang teliti.<\/p>\n<p>\u201cPermohonan reman ini lewat kerana ia melibatkan jumlah tangkapan yang ramai dan proses pengelasan perlu dilakukan satu persatu.<\/p>\n<p>\u201cKeadaan ini menyebabkan permohonan reman dibuat lewat dan atas sebab itu, majistret telah menolaknya,\u201d katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Menurut beliau, daripada 202 individu yang ditahan dalam operasi pada Jumaat lalu itu, hanya 31 warga asing yang berjaya direman selama dua hari di bawah Akta Imigresen.<\/p>\n<p>Operasi yang dirancang selama dua minggu itu mendedahkan kegiatan songsang yang membimbangkan di premis berkenaan.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, siasatan lanjut menemui jalan buntu dan Fadil menjelaskan berdepancabaran utama dari segi sudut undang-undang<\/p>\n<p>\u201cTiada bukti yang boleh membantu polis menjalankan siasatan lanjut. Walaupun tindakan telah diambil, penganjur nampaknya masih bebas,\u201d jelas Fadil.<\/p>\n<p>\u201cBagi kes eksploitasi, pelacuran atau perlakuan luar tabi\u2018i, mesti ada mangsa. Namun, tiada seorang pun daripada mereka yang mengaku menjadi mangsa, jadi kes tidak dapat diteruskan,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Kesemua individu yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 377 dan Seksyen 372 Kanun Keseksaan.<\/p>\n<p>Serbuan yang dijalankan bersama DBKL dan JAWI itu mendedahkan premis tersebut menawarkan kemudahan sauna, jakuzi, dan sebuah \u2018bilik gelap\u2019 khas untuk aktiviti tidak bermoral.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>171 individu tempatan yang ditahan dalam serbuan besar-besaran ke atas sebuah pusat spa dan kesihatan di Chow Kit telah dibebaskan oleh mahkamah, kelmarin. Pembebasan itu berikutan permohonan reman terhadap kesemua mereka yang ditahan di pusat spa songsang itu ditolak atas faktor kelewatan permohonan yang dikemukakan oleh pihak polis. Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, mengesahkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5599,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[196,152,2565,2567,2566,94,486,954],"authors":[],"class_list":["post-5598","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bebas","tag-dbkl","tag-gay","tag-jawi","tag-operasi","tag-polis","tag-reman","tag-songsang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5598","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5598"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5598\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5600,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5598\/revisions\/5600"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5599"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5598"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5598"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5598"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5598"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}