{"id":5613,"date":"2025-11-30T13:38:26","date_gmt":"2025-11-30T13:38:26","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5613"},"modified":"2025-11-30T13:38:26","modified_gmt":"2025-11-30T13:38:26","slug":"muhyiddin-sahkan-mic-mohon-sertai-perikatan-nasional-laporan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/muhyiddin-sahkan-mic-mohon-sertai-perikatan-nasional-laporan\/","title":{"rendered":"Muhyiddin sahkan MIC mohon sertai Perikatan Nasional: Laporan"},"content":{"rendered":"<p>Perikatan Nasional (PN) secara rasmi mengesahkan telah menerima permohonan daripada MIC untuk menjadi sebahagian daripada gabungan parti politik itu.<\/p>\n<p>Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, berkata permohonan daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) itu akan dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada masa terdekat.<\/p>\n<p>\u201cKita sebelum ini tidak dapat mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi PN kerana tumpuan diberikan kepada kempen Pilihan Raya Negeri Sabah,\u201d jelas Muhyiddin dipetik laporan media selepas menghadiri Konvensyen Urimai di Pusat Konvensyen Dan Pameran Inovasi Shah Alam hari ini.<\/p>\n<p>Muhyiddin juga berkata sudah memaklumkan kepada pimpinan MIC bahawa PN menyambut baik mengenai permohonan tersebut yang akan dibincangkan secara teliti terlebih dahulu.<\/p>\n<p>\u201cSaya telah memaklumkan kepada Presiden dan Setiausaha Agung MIC bahawa kami akan membincangkan permohonan ini dengan teliti selepas pilihan raya Sabah. Secara prinsipnya, semua parti dalam PN menyambut baik MIC, namun keputusan muktamad terletak di tangan Majlis Tertinggi PN,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Muhyiddin turut mendedahkan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) turut menghantar permohonan sama untuk menyertai PN, dan ia akan dibawa ke meja mesyuarat yang sama.<\/p>\n<p>Laporan media sebelum ini memaklumkan hasrat MIC untuk meninggalkan BN dan menyertai PN merupakan antara usul yang dibentangkan dari dalam dewan semasa Perhimpunan Agung Tahunan parti itu sebelum ini.<\/p>\n<p>Spekulasi mengenai masa depan MIC dalam landskap politik negara telah lama berlegar, dengan parti itu dilihat mencari hala tuju baharu.<\/p>\n<p>MIC merupakan antara parti pengasas kepada Barisan Nasional, yang memerintah negara sejak sebelum merdeka lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perikatan Nasional (PN) secara rasmi mengesahkan telah menerima permohonan daripada MIC untuk menjadi sebahagian daripada gabungan parti politik itu. Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, berkata permohonan daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) itu akan dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada masa terdekat. \u201cKita sebelum ini tidak dapat mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi PN kerana [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2715,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,377,1590,538,541],"authors":[],"class_list":["post-5613","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-mic","tag-muhyiddin-yassin","tag-pejuang","tag-perikatan-nasional"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5613","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5613"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5613\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5614,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5613\/revisions\/5614"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2715"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5613"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5613"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5613"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5613"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}