{"id":5631,"date":"2025-12-01T06:09:45","date_gmt":"2025-12-01T06:09:45","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5631"},"modified":"2025-12-01T06:09:45","modified_gmt":"2025-12-01T06:09:45","slug":"papagomo-didakwa-lagi-sebarkan-berita-palsu-dakwa-11-mp-tarik-sokongan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/papagomo-didakwa-lagi-sebarkan-berita-palsu-dakwa-11-mp-tarik-sokongan\/","title":{"rendered":"Papagomo didakwa lagi sebarkan berita palsu dakwa 11 MP tarik sokongan"},"content":{"rendered":"<p>Aktivis politik, Wan Muhammad Azri Wan Deris, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini atas tuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu.<\/p>\n<p>Wan Muhammad Azri atau dikenali Papagomo didakwa memuat naik hantaran yang mengaitkan 11 Ahli Parlimen PKR akan menarik sokongan kepada Perdana Menteri pada Mei lalu.<\/p>\n<p>Tuduhan dibaca di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman dengan tertuduh mengaku tidak bersalah.<\/p>\n<p>Bekas exco Pemuda UMNO itu didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kerana menggunakan akaun Facebook \u2018Muhammad Azri\u2019 bagi tujuan tersebut pada pukul 7.32 malam, 28 Mei lalu.<\/p>\n<p>Timbalan Pendakwa Raya, Fatin Hadni Khairuddin, memohon ikat jamin ditetapkan pada RM5,000 dengan seorang penjamin.<\/p>\n<p>Peguam tertuduh, Muhammad Rafique Rashid Ali, memohon pertimbangan.<\/p>\n<p>\u201cKami memohon jaminan yang lebih rendah memandangkan anak guam telah memberi kerjasama penuh semasa siasatan, dan mengambil kira tanggungannya yang mempunyai enam orang anak, termasuk seorang yang menghidap autisme,\u201d hujah Rafique.<\/p>\n<p>Hakim Ahmad Fuad kemudian menetapkan ikat jamin pada RM5,000 dengan seorang penjamin, serta menetapkan 7 Januari depan untuk prosedur serahan dokumen.<\/p>\n<p>Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya.<\/p>\n<p>Peguam Rafique, ketika ditemui di luar mahkamah, mendedahkan tarikh perbicaraan telah ditetapkan pada 27 hingga 30 April tahun depan.<\/p>\n<p>\u201cPihak kami difahamkan bahawa pendakwaan akan memanggil beberapa Ahli Parlimen yang terlibat untuk memberi keterangan dalam perbicaraan nanti,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Aktivis politik, Wan Muhammad Azri Wan Deris, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini atas tuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu. Wan Muhammad Azri atau dikenali Papagomo didakwa memuat naik hantaran yang mengaitkan 11 Ahli Parlimen PKR akan menarik sokongan kepada Perdana Menteri pada Mei lalu. Tuduhan dibaca di hadapan Hakim Ahmad [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2829,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1545,737,515,58,1466,2575],"authors":[],"class_list":["post-5631","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-berita-palsu","tag-dakwa","tag-hasutan","tag-mahkamah","tag-papagomo","tag-wan-muhammad-azri-wan-deris"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5631","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5631"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5631\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5632,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5631\/revisions\/5632"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2829"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5631"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5631"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5631"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5631"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}