{"id":5635,"date":"2025-12-01T11:13:03","date_gmt":"2025-12-01T11:13:03","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5635"},"modified":"2025-12-01T11:13:03","modified_gmt":"2025-12-01T11:13:03","slug":"majlis-peguam-bantah-tindakan-sprm-panggil-peguam-dalam-siasatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/majlis-peguam-bantah-tindakan-sprm-panggil-peguam-dalam-siasatan\/","title":{"rendered":"Majlis Peguam bantah tindakan SPRM panggil peguam dalam siasatan"},"content":{"rendered":"<p>Majlis Peguam Malaysia mengutuk tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil peguam yang mewakili individu sedang disiasat, menyifatkannya sebagai menceroboh keistimewaan profesional guaman yang merupakan tunggak sistem keadilan.<\/p>\n<p>Dalam kenyataan, badan peguam itu menegaskan tindakan SPRM amat membimbangkan dan didakwa melanggar Seksyen 46 Akta SPRM 2009.<\/p>\n<p>Majlis Peguam menekankan hak untuk diwakili peguam dan kerahsiaan nasihat undang-undang adalah mutlak.<\/p>\n<p>&#8220;Seksyen 46 Akta SPRM berfungsi sebagai tembok keselamatan berkanun, yang melindungi kerahsiaan nasihat perundangan yang penting kepada pelaksanaan keadilan yang sewajarnya,&#8221; tegas kenyataan tersebut. I<\/p>\n<p>Malah, Majlis Peguam menegaskan keistimewaan ini tidak terbatal semata-mata kerana siasatan sedang dijalankan.<\/p>\n<p>Majlis Peguam berkata cubaan memintas perlindungan ini melemahkan kedaulatan undang-undang.<\/p>\n<p>&#8220;Keyakinan orang awam terhadap sistem kehakiman dan profesion perundangan boleh merosot jika keistimewaan ini terhakis,&#8221; jelasnya.<\/p>\n<p>Isu ini timbul berikutan laporan media mengenai SPRM memanggil peguam Albert Tei dan peguam Mahajoth Singh dalam suatu siasatan.<\/p>\n<p>SPRM sebelumnya berkata tindakan itu adalah dibawah Seksyen 30 Akta SPRM yang terpakai kepada semua individu.<\/p>\n<p>Namun, Mahajoth menafikan memiliki sebarang &#8216;bukti penting&#8217; seperti didakwa, dan menegaskan dokumen yang diminta SPRM dilindungi keistimewaan peguam-anak guam.<\/p>\n<p>&#8220;Dakwaan itu tidak benar dan keterlaluan,&#8221; katanya seperti dipetik media.<\/p>\n<p>Majlis Peguam menekankan pendiriannya yang konsisten bahawa komunikasi antara peguam dan anak guam adalah suci, dan sebarang pelanggaran mengancam integriti profesion guaman serta kedaulatan undang-undang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Majlis Peguam Malaysia mengutuk tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil peguam yang mewakili individu sedang disiasat, menyifatkannya sebagai menceroboh keistimewaan profesional guaman yang merupakan tunggak sistem keadilan. Dalam kenyataan, badan peguam itu menegaskan tindakan SPRM amat membimbangkan dan didakwa melanggar Seksyen 46 Akta SPRM 2009. Majlis Peguam menekankan hak untuk diwakili peguam dan kerahsiaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5636,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1802,314,894,1251,24,23,21],"authors":[],"class_list":["post-5635","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-albert-tei","tag-kes","tag-majlis-peguam","tag-peguam","tag-rasuah","tag-siasatan","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5635","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5635"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5635\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5637,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5635\/revisions\/5637"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5636"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5635"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5635"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5635"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5635"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}