{"id":5642,"date":"2025-12-02T01:54:49","date_gmt":"2025-12-02T01:54:49","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5642"},"modified":"2025-12-02T01:57:40","modified_gmt":"2025-12-02T01:57:40","slug":"ptd-di-kpt-diarah-letak-jawatan-selepas-ditahan-di-sauna-songsang-mustapha","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ptd-di-kpt-diarah-letak-jawatan-selepas-ditahan-di-sauna-songsang-mustapha\/","title":{"rendered":"PTD di KPT diarah letak jawatan selepas ditahan di sauna songsang: Mustapha"},"content":{"rendered":"<p>Seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang ditahan dalam operasi serbuan sebuah pusat sauna di Chow Kit minggu lalu telah diarahkan meletakkan jawatan dengan serta-merta.<\/p>\n<p>Arahan itu dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) susulan penahanan pegawai berkenaan, yang berkhidmat di Pejabat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.<\/p>\n<p>Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Mustapha Sakmud mengesahkan perkara itu dan memaklumkan Unit Integriti kementeriannya telah memulakan siasatan dalaman serta tindakan tatatertib mengikut peraturan perkhidmatan.<\/p>\n<p>\u201cKPT menegaskan bahawa tiada sesiapa dikecualikan daripada proses undang-undang dan tatakelola,\u201d jelas Mustapha dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>\u201cSebarang tindakan lanjut akan diputuskan berdasarkan hasil siasatan Unit Integriti serta kerjasama dengan pihak berkuasa,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Beliau turut menyeru semua pihak menghormati proses tersebut.<\/p>\n<p>\u201cSebagai Timbalan Menteri, saya menghormati proses siasatan yang sedang berjalan dan menyeru semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan integriti penyiasatan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Serbuan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa pada Jumaat lalu itu menyaksikan seramai 201 individu ditahan di sebuah premis dua tingkat yang beroperasi sebagai gimnasium dan sauna.<\/p>\n<p>Daripada jumlah itu, 17 orang adalah penjawat awam termasuk guru, doktor, Timbalan Pendakwa Raya, dan pegawai dari agensi penguatkuasaan.<\/p>\n<p>Tindakan segera KPT itu diambil bagi menjaga integriti dan imej perkhidmatan awam, selari dengan dasar kementerian yang tidak bertolak ansur dengan sebarang perbuatan yang melanggar etika dan undang-undang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang ditahan dalam operasi serbuan sebuah pusat sauna di Chow Kit minggu lalu telah diarahkan meletakkan jawatan dengan serta-merta. Arahan itu dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) susulan penahanan pegawai berkenaan, yang berkhidmat di Pejabat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi. Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Mustapha Sakmud mengesahkan perkara itu dan memaklumkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4309,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2576,1651,1768,1860,954,1070,1461],"authors":[],"class_list":["post-5642","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-aktiviti","tag-kpt","tag-mustapha-sakmud","tag-ptd","tag-songsang","tag-tahan","tag-timbalan-menteri"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5642","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5642"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5642\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5644,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5642\/revisions\/5644"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4309"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5642"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5642"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5642"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5642"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}