{"id":5651,"date":"2025-12-02T04:03:31","date_gmt":"2025-12-02T04:03:31","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5651"},"modified":"2025-12-02T04:03:31","modified_gmt":"2025-12-02T04:03:31","slug":"hampir-rm50-bilion-hutang-1mdb-ditanggung-kerajaan-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/hampir-rm50-bilion-hutang-1mdb-ditanggung-kerajaan-pmx\/","title":{"rendered":"Hampir RM50 bilion hutang 1MDB ditanggung kerajaan: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa beban kewangan terbesar yang terpaksa dipikul oleh kerajaan hari ini adalah hutang peninggalan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang mencecah hampir RM50 bilion sejak 2018.<\/p>\n<p>Perdana Menteri semasa di Dewan Rakyat memberitahu jumlah hutang 1MDB tersebut merangkumi prinsipal dan komitmen faedah yang tinggi yang sehingga hari ini perlu ditanggung kerajaan untuk membayar semula.<\/p>\n<p>\u201cHutang terbesar masih 1MDB yang diwarisi sejak 2018. Keseluruhan RM34 bilion termasuk komitmen faedah bernilai RM17 bilion.<\/p>\n<p>\u201cJadi, jumlah hutang 1MDB mencecah hampir RM50 bilion,\u201d jelas Anwar pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.<\/p>\n<p>Beliau mengulas pertanyaan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan, mengenai status terkini hutang negara.<\/p>\n<p>Anwar, yang juga Menteri Kewangan, memaklumkan setakat ini kerajaan telah berjaya melangsaikan sebahagian besar liabiliti itu sebanyak RM42 bilion, meliputi prinsipal dan faedah.<\/p>\n<p>Alhamdulillah kerana kita juga dapat pulangan balik sebanyak RM29 bilion kerana usaha semua jabatan, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Namun, beliau menegaskan masih terdapat baki hutang yang perlu diselesaikan.<\/p>\n<p>Hutang besar ini berpunca dari pengurusan dana pembangunan strategik 1MDB, yang ditubuhkan pada 2009 di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Najib Razak.<\/p>\n<p>Skandal kewangan global yang melanda dana itu telah menyebabkan kerajaan terpaksa menjamin obligasi hutangnya bagi mengelakkan kegagalan bayar yang lebih teruk, seterusnya membebankan kewangan negara selama bertahun-tahun.<\/p>\n<p>Dalam keterangannya, Perdana Menteri turut menegaskan komitmen kerajaan untuk memastikan hutang negara dan defisit fiskal kekal pada trajektori menurun melalui tadbir urus fiskal yang lebih ketat dan telus.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa beban kewangan terbesar yang terpaksa dipikul oleh kerajaan hari ini adalah hutang peninggalan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang mencecah hampir RM50 bilion sejak 2018. Perdana Menteri semasa di Dewan Rakyat memberitahu jumlah hutang 1MDB tersebut merangkumi prinsipal dan komitmen faedah yang tinggi yang sehingga hari ini perlu ditanggung kerajaan untuk membayar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2408,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[123,13,155,959,121,24,230],"authors":[],"class_list":["post-5651","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-1mdb","tag-anwar","tag-hutang","tag-jho-low","tag-najib","tag-rasuah","tag-skandal"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5651","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5651"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5651\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5652,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5651\/revisions\/5652"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2408"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5651"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5651"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5651"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5651"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}