{"id":5662,"date":"2025-12-02T06:23:39","date_gmt":"2025-12-02T06:23:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5662"},"modified":"2025-12-02T06:23:39","modified_gmt":"2025-12-02T06:23:39","slug":"budi95-13-9-juta-rakyat-sudah-mendapat-manfaat-nilai-jualan-cecah-rm5-16-bilion","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/budi95-13-9-juta-rakyat-sudah-mendapat-manfaat-nilai-jualan-cecah-rm5-16-bilion\/","title":{"rendered":"BUDI95: 13.9 juta rakyat sudah mendapat manfaat, nilai jualan cecah RM5.16 bilion"},"content":{"rendered":"<p>Seramai 13.9 juta rakyat Malaysia, iaitu melebihi 84 peratus daripada 16.5 juta penerima layak, telah menikmati harga petrol RON95 pada kadar tetap RM1.99 seliter menerusi program BUDI RON95 (BUDI95) setakat 30 November 2025.<\/p>\n<p>Program ini turut mencatatkan nilai jualan mencecah RM5.16 bilion bersamaan 2.59 bilion liter petrol.<\/p>\n<p>Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, memberitahu Dewan Negara kejayaan pelaksanaan subsidi bersasar itu dijangka menjana penjimatan fiskal yang besar untuk negara.<\/p>\n<p>&#8220;Kerajaan dijangka dapat menjana penjimatan RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun, tertakluk kepada harga minyak dunia,&#8221; jelas beliau sambil menekankan bahawa anggaran itu mengambil kira pelbagai senario harga minyak mentah global.<\/p>\n<p>&#8220;Penjimatan yang dicapai melalui penyasaran subsidi ini telah membuka ruang fiskal yang lebih luas untuk dimanfaatkan demi kesejahteraan rakyat,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan ruang tersebut akan diperkukuh untuk membiayai pembangunan dalam sektor kritikal seperti pendidikan, kesihatan dan pengangkutan awam di seluruh negara.<\/p>\n<p>Memandangkan BUDI95 hanya dilaksanakan bermula 30 September 2025, penilaian penjimatan penuh tahunan hanya dapat dibuat mulai 2026.<\/p>\n<p>&#8220;Bagi 2025, tumpuan akan diberikan kepada pemantauan dan penambahbaikan mekanisme bagi memastikan sistem BUDI95 kekal stabil dan mesra pengguna,&#8221; ujarnya.<\/p>\n<p>Hui Ying berkata hasil penjimatan itu dapat digunakan untuk membantu meringankan beban rakyat dengan pelbagai inisiatif yang diperkenalkan pihak kerajaan.<\/p>\n<p>&#8220;Secara kesimpulannya, penjimatan dana negara melalui penyasaran subsidi membolehkan kerajaan memperuntukkan lebih banyak dana bagi agenda kebajikan, bantuan menangani kos sara hidup, serta pelaburan untuk prasarana berkualiti kepada rakyat,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seramai 13.9 juta rakyat Malaysia, iaitu melebihi 84 peratus daripada 16.5 juta penerima layak, telah menikmati harga petrol RON95 pada kadar tetap RM1.99 seliter menerusi program BUDI RON95 (BUDI95) setakat 30 November 2025. Program ini turut mencatatkan nilai jualan mencecah RM5.16 bilion bersamaan 2.59 bilion liter petrol. Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, memberitahu Dewan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3678,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[297,1798,1448,74,482,555,296],"authors":[],"class_list":["post-5662","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bersasar","tag-budi95","tag-lim-hui-ying","tag-minyak","tag-mof","tag-ron95","tag-subsidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5662","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5662"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5662\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5663,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5662\/revisions\/5663"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3678"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5662"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5662"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5662"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5662"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}