{"id":5682,"date":"2025-12-03T04:20:24","date_gmt":"2025-12-03T04:20:24","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5682"},"modified":"2025-12-03T04:20:24","modified_gmt":"2025-12-03T04:20:24","slug":"saifuddin-nasution-akan-bawa-usul-gantung-takiyuddin-enam-bulan-di-dewan-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/saifuddin-nasution-akan-bawa-usul-gantung-takiyuddin-enam-bulan-di-dewan-rakyat\/","title":{"rendered":"Saifuddin Nasution akan bawa usul gantung Takiyuddin enam bulan di Dewan Rakyat"},"content":{"rendered":"<p>Senator, Saifuddin Nasution Ismail dijangka membawa usul untuk menggantung Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan selama enam bulan di Dewan Rakyat, susulan kenyataannya yang mengaitkan insiden latihan Maritim Malaysia di Masjid Rusila dengan peristiwa Memali.<\/p>\n<p>Usul itu disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) yang dimuat naik di laman web Parlimen malam tadi, namun belum dipastikan sama ada ia akan dibentangkan Menteri Dalam Negeri itu pada sesi hari ini atau esok.<\/p>\n<p>Dalam dokumen berkenaan, Takiyuddin didakwa mengaitkan latihan taktikal Maritim Malaysia sebagai satu bentuk serangan dan cubaan menakutkan rakyat, sehingga menimbulkan imej negatif terhadap agensi itu.<\/p>\n<p>Menurut kertas usul tersebut, beberapa pihak termasuk ADUN Batu Buruk dan Ahli Parlimen Marang sudah dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia mengenai status sebenar kejadian itu sebagai \u201cLatihan Pelarian dan Pelolosan Kursus Asas Komando STAR Team Maritim Malaysia.&#8221;<\/p>\n<p>Pihak berkuasa juga menjelaskan latihan tersebut memang dirancang dan bukan insiden luar kawalan.<\/p>\n<p>Namun, Takiyuddin tetap membangkitkan isu itu dalam Dewan Rakyat pada 22 Oktober, yang menurut usul tersebut, \u201ctidak menggambarkan tujuan sebenar latihan dan menimbulkan persepsi salah terhadap anggota Maritim Malaysia.\u201d<\/p>\n<p>Dokumen itu turut menyebut tindakan tersebut \u201cmencalarkan imej Maritim Malaysia\u201d dan boleh menyebabkan anggota yang terlibat \u201cdipandang serong berdasarkan tuduhan tidak berasas.\u201d<\/p>\n<p>Maritim Malaysia sebelum ini turut menegaskan anggotanya bekerja keras menjaga keselamatan perairan negara, termasuk membanteras penyeludupan, pencerobohan kapal asing, dadah dan ancaman lanun.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, usul berkenaan menyifatkan dakwaan Takiyuddin sebagai satu tindakan yang boleh \u201cmembangkitkan perasaan melawan kuasa kerajaan.\u201d<\/p>\n<p>Dalam nada tegas, kandungan usul itu menyatakan: \u201cKota Bharu telah mengeluarkan kenyataan serius yang menjatuhkan martabat anggota Maritim Malaysia yang bertungkus-lumus menjaga keselamatan negara.\u201d<\/p>\n<p>Sekiranya usul ini diluluskan, ia bakal menjadi satu lagi langkah disiplin ketara terhadap ahli Parlimen yang didakwa menyebarkan maklumat mengelirukan dalam Dewan Rakyat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Senator, Saifuddin Nasution Ismail dijangka membawa usul untuk menggantung Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan selama enam bulan di Dewan Rakyat, susulan kenyataannya yang mengaitkan insiden latihan Maritim Malaysia di Masjid Rusila dengan peristiwa Memali. Usul itu disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) yang dimuat naik di laman web Parlimen malam tadi, namun belum dipastikan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1149,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[631,1288,2594,2591,2592,2593,20,2294,810],"authors":[],"class_list":["post-5682","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-gantung","tag-isu","tag-latihan","tag-maritim","tag-masjid-rusila","tag-memali","tag-saifuddin-nasution-ismail","tag-takiyuddin-hassan","tag-usul"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5682","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5682"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5682\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5683,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5682\/revisions\/5683"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1149"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5682"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5682"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5682"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5682"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}