{"id":5687,"date":"2025-12-03T04:48:59","date_gmt":"2025-12-03T04:48:59","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5687"},"modified":"2025-12-03T04:48:59","modified_gmt":"2025-12-03T04:48:59","slug":"tamatkan-kontrak-azam-baki-jika-mahu-pulih-keyakinan-rakyat-rafizi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tamatkan-kontrak-azam-baki-jika-mahu-pulih-keyakinan-rakyat-rafizi\/","title":{"rendered":"Tamatkan kontrak Azam Baki jika mahu pulih keyakinan rakyat: Rafizi"},"content":{"rendered":"<p>Rafizi Ramli menggesa Pakatan Harapan (PH) mesti segera bertindak memulihkan kredibiliti memerangi rasuah selepas kekalahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.<\/p>\n<p>Bekas Timbalan Presiden PKR itu mencadangkan langkah pertama yang perlu diambil kerajaan adalah dengan tidak memperbaharui kontrak Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ini.<\/p>\n<p>Rafizi berkata sudah membangkitkan isu pelantikan semula Azam Baki di Dewan Rakyat baru-baru ini, namun jawapan yang diterima kabur.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan persepsi rakyat terhadap komitmen kerajaan membasmi rasuah sangat bergantung kepada keputusan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cBukan untuk dua kali, bukan tiga kali, tetapi empat kali. Jika kontrak itu disambung lagi, keputusan itu akan terus mencemarkan kredibiliti PH dan PKR sebagai parti yang tegas melawan rasuah,\u201d kata Rafizi melalui hantaran di Facebook.<\/p>\n<p>Beliau menambah, dengan pelbagai kontroversi yang membabitkan nama Azam, sudah tiba masanya kontrak itu tidak disambung.<\/p>\n<p>\u201cInilah jawapan yang akan saya berikan setiap kali ditanya mengenai reaksi awal kekalahan PH di Sabah.<\/p>\n<p>\u201cIa berkaitan usaha membina kembali kredibiliti melawan rasuah yang perlu bermula dengan pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Rafizi bagaimanapun mengakui, desakan beliau seorang tidak akan didengari Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>\u201cLebih baik jika Nurul Izzah juga desak secara terbuka. Lebih baik lagi jika Anthony Loke dan DAP juga desak secara terbuka. Barulah kredibiliti lawan rasuah PH dan PKR dapat dibaiki sedikit demi sedikit,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, kekecewaan pengundi terhadap prestasi reformasi, khususnya dalam isu rasuah, merupakan antara punca kemerosotan sokongan.<\/p>\n<p>\u201cKelebihan utama PH dan PKR sebelum ini ialah harapan rakyat agar sistem negara bebas dari rasuah. Ini kehendak utama pengundi-pengundi PH,\u201d jelas Rafizi.<\/p>\n<p>Beliau turut membangkitkan data yang membimbangkan, termasuk penurunan peratusan pendakwaan dan sabitan bagi kes rasuah.<\/p>\n<p>\u201cPersepsi ini disahkan oleh statistik. Lebih menyedihkan, ada kes berprofil tinggi yang berakhir dengan DNAA atau dibatalkan setelah bayaran kompaun,\u201d tambah Rafizi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rafizi Ramli menggesa Pakatan Harapan (PH) mesti segera bertindak memulihkan kredibiliti memerangi rasuah selepas kekalahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Bekas Timbalan Presiden PKR itu mencadangkan langkah pertama yang perlu diambil kerajaan adalah dengan tidak memperbaharui kontrak Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ini. Rafizi berkata sudah membangkitkan isu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,115,116,9,18,1311,209,21],"authors":[],"class_list":["post-5687","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-azam-baki","tag-kontrak","tag-pkr","tag-pmx","tag-prn-sabah","tag-rafizi-ramli","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5687","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5687"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5687\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5688,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5687\/revisions\/5688"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/17"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5687"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5687"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5687"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5687"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}