{"id":5692,"date":"2025-12-03T07:46:01","date_gmt":"2025-12-03T07:46:01","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5692"},"modified":"2025-12-03T07:46:01","modified_gmt":"2025-12-03T07:46:01","slug":"shamsul-iskandar-dan-albert-tei-akan-didakwa-esok-di-mahkamah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/shamsul-iskandar-dan-albert-tei-akan-didakwa-esok-di-mahkamah\/","title":{"rendered":"Shamsul Iskandar dan Albert Tei akan didakwa esok di mahkamah"},"content":{"rendered":"<p>Bekas setiausaha politik kanan perdana menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan, Albert Tei bakal berdepan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Shah Alam pada Khamis dan Jumaat ini.<\/p>\n<p>Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki berkata kertas siasatan kedua-dua individu itu telah lengkap dan pendakwaan akan diteruskan mengikut peruntukan undang-undang.<\/p>\n<p>\u201cKedua-duanya akan menghadapi lima pertuduhan, masing-masing di bawah Akta SPRM 2009 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok, dan dijangka dituduh lagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Jumaat,\u201d katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Azam, kedua-dua mereka akan didakwa di Kuala Lumpur bagi empat pertuduhan, termasuk dakwaan Shamsul Iskandar menerima suapan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.<\/p>\n<p>Albert pula akan dituduh memberi suapan di bawah Seksyen 17(b) akta sama.<\/p>\n<p>Di Shah Alam, mereka masing-masing akan menghadapi satu lagi pertuduhan mengikut seksyen serupa.<\/p>\n<p>\u201cSemua prosedur telah diikuti dan kita serahkan kepada mahkamah untuk proses selanjutnya,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Pada 28 November lalu, Shamsul Iskandar, Albert dan seorang wanita, Sofia Rini Buyong, ditahan bagi membantu siasatan dakwaan pemberian rasuah oleh Tei kepada Shamsul untuk mendapatkan semula wang yang didakwa disalurkan kepada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah.<\/p>\n<p>Shamsul dan Sofia ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, manakala Tei ditahan di kediamannya di Puchong.<\/p>\n<p>Azam turut memaklumkan sepanjang tempoh siasatan seminggu itu, sebanyak 32 saksi telah dipanggil untuk dirakam percakapan, tidak termasuk tiga suspek yang ditahan.<\/p>\n<p>\u201cKesemua saksi sudah kita rakam dan kita akan maklumkan sekiranya mereka diperlukan di mahkamah,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bekas setiausaha politik kanan perdana menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan, Albert Tei bakal berdepan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Shah Alam pada Khamis dan Jumaat ini. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki berkata kertas siasatan kedua-dua individu itu telah lengkap dan pendakwaan akan diteruskan mengikut peruntukan undang-undang. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5473,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1802,13,115,285,512,18,2549,21],"authors":[],"class_list":["post-5692","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-albert-tei","tag-anwar","tag-azam-baki","tag-madani","tag-pendakwaan","tag-pmx","tag-shamsul-iskandar-mohd-akin","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5692","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5692"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5692\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5693,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5692\/revisions\/5693"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5473"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5692"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5692"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5692"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5692"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}