{"id":5695,"date":"2025-12-03T12:14:36","date_gmt":"2025-12-03T12:14:36","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5695"},"modified":"2025-12-03T12:14:36","modified_gmt":"2025-12-03T12:14:36","slug":"pmo-sahkan-bakal-ada-rombakan-kabinet-senarai-lengkap-sedang-dipertimbangkan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pmo-sahkan-bakal-ada-rombakan-kabinet-senarai-lengkap-sedang-dipertimbangkan\/","title":{"rendered":"PMO sahkan bakal ada rombakan Kabinet, senarai lengkap sedang dipertimbangkan"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini berada di fasa akhir menentukan senarai penuh Menteri dan Timbalan Menteri bagi Kerajaan MADANI.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), keputusan muktamad akan dibuat selepas proses pertimbangan yang teliti dan berhemah bagi memastikan kelancaran pentadbiran kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cPerdana Menteri akan memutuskan senarai Menteri dan Timbalan Menteri Kerajaan MADANI kelak, selepas proses pertimbangan yang cermat, berhemah dan benar-benar berlandaskan kepentingan rakyat serta hala tuju reformasi negara,\u201d menurut PMO.<\/p>\n<p>Langkah ini bagi mengisi beberapa kekosongan jawatan menteri yang wujud, termasuk portfolio Ekonomi, Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, serta Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).<\/p>\n<p>Anwar sebelum ini berkata tidak berhasrat untuk melakukan rombakan besar-besaran, memandangkan tempoh pentadbiran semasa hanya tinggal kira-kira satu setengah tahun lagi.<\/p>\n<p>\u201cIa berikutan tempoh Kabinet di bawah pentadbirannya hanya akan berfungsi selama kira-kira satu setengah tahun saja lagi, sebelum penggal pentadbiran itu berakhir,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri menyambut baik pelantikan semula tiga menteri kanan sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua yang berkuat kuasa hari ini.<\/p>\n<p>Mereka ialah Saifuddin Nasution Ismail (Menteri Dalam Negeri), Zambry Abdul Kadir (Menteri Pendidikan Tinggi), dan Mohd Na\u2019im Mokhtar (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).<\/p>\n<p>\u201cPelantikan ini membolehkan mereka meneruskan tugasan mustahak demi kesinambungan dasar, tatakelola dan agenda reformasi negara selaras dengan gagasan Malaysia MADANI,\u201d tegas Anwar.<\/p>\n<p>Ketiga-tiga mereka telah mengangkat sumpah semula di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Awang Bemee Awang Ali Basah, dan akan berkhidmat sehingga 2 Disember 2028.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini berada di fasa akhir menentukan senarai penuh Menteri dan Timbalan Menteri bagi Kerajaan MADANI. Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), keputusan muktamad akan dibuat selepas proses pertimbangan yang teliti dan berhemah bagi memastikan kelancaran pentadbiran kerajaan. \u201cPerdana Menteri akan memutuskan senarai Menteri dan Timbalan Menteri Kerajaan MADANI kelak, selepas proses [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5696,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,235,285,205,616,18,2344,1461],"authors":[],"class_list":["post-5695","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-kabinet","tag-madani","tag-menteri","tag-pmo","tag-pmx","tag-rombakan","tag-timbalan-menteri"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5695","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5695"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5695\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5697,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5695\/revisions\/5697"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5696"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5695"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5695"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5695"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5695"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}