{"id":5698,"date":"2025-12-03T12:16:51","date_gmt":"2025-12-03T12:16:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5698"},"modified":"2025-12-03T12:18:28","modified_gmt":"2025-12-03T12:18:28","slug":"ruu-antibuli-2025-diluluskan-tribunal-khas-bakal-lindungi-mangsa-buli","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ruu-antibuli-2025-diluluskan-tribunal-khas-bakal-lindungi-mangsa-buli\/","title":{"rendered":"RUU Antibuli 2025 diluluskan, tribunal khas bakal lindungi mangsa buli"},"content":{"rendered":"<p>Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Antibuli 2025 selepas dibahas oleh 27 Ahli Parlimen, membuka jalan kepada penubuhan Tribunal Antibuli sebagai mekanisme baharu menangani kes buli di sekolah dan institusi lain.<\/p>\n<p>Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau mengumumkan kelulusan itu yang disifatkan sebagai satu langkah penting ke arah perlindungan lebih kukuh kepada mangsa buli.<\/p>\n<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkata undang-undang baharu ini memberi keyakinan kepada kanak-kanak bahawa mereka akhirnya mempunyai saluran perlindungan yang jelas dalam perundangan.<\/p>\n<p>\u201cRUU ini wujud untuk pastikan kanak-kanak tak rasa sendirian. Kita nak mereka tahu, *\u2018hey, undang-undang ada untuk jaga kau\u2019,\u201d katanya semasa sesi penggulungan.<\/p>\n<p>Menurut Azalina, Tribunal Antibuli akan diberi kuasa luas untuk mengeluarkan perintah termasuk bayaran balik perbelanjaan munasabah yang ditanggung mangsa, seperti kos rawatan atau khidmat pakar.<\/p>\n<p>Tribunal juga boleh mengarahkan pampasan tambahan yang tidak melebihi RM250,000 bergantung kepada keputusan kes.<\/p>\n<p>\u201cJumlah RM250,000 itu ialah had maksimum. Tribunal boleh putuskan RM50, RM10, malah 50 sen pun kalau itu yang munasabah. \u2018Maximum, not minimum\u2019, itu konsepnya,\u201d jelasnya lagi.<\/p>\n<p>RUU tersebut, yang dibentangkan buat pertama kali pada Isnin lalu, turut memperuntukkan ibu bapa atau penjaga kepada pelaku buli boleh diikat oleh keputusan tribunal, sekali gus memperluas tanggungjawab dalam menangani isu itu.<\/p>\n<p>Azalina menyifatkan langkah tersebut sebagai satu perubahan besar dalam budaya pencegahan buli.<\/p>\n<p>\u201cKita tak boleh lagi letakkan semua beban kepada sekolah dan guru. Ibu bapa pun ada peranan besar. RUU ini mengiktiraf tanggungjawab itu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dengan kelulusan ini, Malaysia bersedia melaksanakan rangka kerja lebih tegas dan moden untuk menangani kes buli yang kian mendapat perhatian masyarakat, terutamanya generasi muda yang mahukan persekitaran pembelajaran lebih selamat dan inklusif.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Antibuli 2025 selepas dibahas oleh 27 Ahli Parlimen, membuka jalan kepada penubuhan Tribunal Antibuli sebagai mekanisme baharu menangani kes buli di sekolah dan institusi lain. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau mengumumkan kelulusan itu yang disifatkan sebagai satu langkah penting ke arah perlindungan lebih kukuh kepada mangsa buli. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4091,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1498,403,739,310,974,2597],"authors":[],"class_list":["post-5698","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-antibuli","tag-azalina","tag-ibu-bapa","tag-ruu","tag-sekolah","tag-tribunal-khas"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5698","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5698"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5698\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5700,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5698\/revisions\/5700"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4091"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5698"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5698"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5698"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5698"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}