{"id":5710,"date":"2025-12-04T04:14:50","date_gmt":"2025-12-04T04:14:50","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5710"},"modified":"2025-12-04T05:44:08","modified_gmt":"2025-12-04T05:44:08","slug":"penyedia-platform-media-sosial-akan-diwajibkan-sekat-akses-pengguna-bawah-16-tahun","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/penyedia-platform-media-sosial-akan-diwajibkan-sekat-akses-pengguna-bawah-16-tahun\/","title":{"rendered":"Penyedia platform media sosial akan diwajibkan sekat akses pengguna bawah 16 tahun"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini giat membangunkan 10 perundangan subsidiari di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866) bagi memperkukuh perlindungan kanak-kanak dalam alam siber.<\/p>\n<p>Langkah tersebut termasuk sekatan akses kepada platform media sosial bagi pengguna di bawah 16 tahun.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, memberitahu pemberi perkhidmatan mempunyai tanggungjawab langsung untuk melaksanakan sekatan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cPemberi perkhidmatan bertanggungjawab memastikan platform mereka tidak boleh diakses oleh pengguna di bawah umur 16 tahun dan wajib memastikan kandungan yang dipaparkan kepada pengguna di bawah umur 18 tahun adalah bersesuaian,\u201d jelas beliau dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Menurut Fahmi, langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk memastikan keselamatan ekosistem rangkaian internet.<\/p>\n<p>\u201cKesemua undang-undang yang telah digubal ini adalah usaha berterusan Kerajaan memastikan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat dan lestari kepada semua pengguna, terutamanya untuk kanak-kanak dan keluarga serta golongan rentan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan mengenai kesediaan kementerian menggubal undang-undang berkaitan sekatan media sosial untuk remaja.<\/p>\n<p>Selain sekatan umur, pemberi perkhidmatan juga diwajibkan menyediakan tetapan kawalan ibu bapa yang efektif serta melaksanakan langkah verifikasi umur.<\/p>\n<p>Bagi memastikan ketelusan, mereka perlu menyediakan pelan keselamatan dalam talian yang menggariskan pematuhan kewajipan di bawah Akta 866.<\/p>\n<p>Fahmi turut menyentuh mengenai rangka kerja pelesenan di bawah Akta 588 yang mewajibkan penyedia perkhidmatan media sosial mendapatkan lesen, sekali gus memastikan mereka bertanggungjawab dalam kawal selia kandungan dan pengurusan algoritma.<\/p>\n<p>\u201cKerangka ini disokong oleh Kod Tatalaku yang menggariskan tanggungjawab penyedia perkhidmatan dalam melindungi kanak-kanak daripada kandungan memudaratkan,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Keseluruhan inisiatif ini diharap dapat mewujudkan persekitaran dalam talian yang lebih terkawal dan melindungi keselamatan pengguna muda.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini giat membangunkan 10 perundangan subsidiari di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866) bagi memperkukuh perlindungan kanak-kanak dalam alam siber. Langkah tersebut termasuk sekatan akses kepada platform media sosial bagi pengguna di bawah 16 tahun. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, memberitahu pemberi perkhidmatan mempunyai tanggungjawab langsung [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5187,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2598,112,186,16,405,620,187,402],"authors":[],"class_list":["post-5710","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-akses","tag-fahmi","tag-internet","tag-mcmc","tag-media-sosial","tag-sekat","tag-selamat","tag-undang-undang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5710","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5710"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5710\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5712,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5710\/revisions\/5712"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5187"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5710"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5710"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5710"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5710"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}