{"id":5737,"date":"2025-12-05T03:03:48","date_gmt":"2025-12-05T03:03:48","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5737"},"modified":"2025-12-05T03:03:54","modified_gmt":"2025-12-05T03:03:54","slug":"penjimatan-rm2-5-hingga-4-bilion-setahun-daripada-rasionalisasi-subsidi-ron95","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/penjimatan-rm2-5-hingga-4-bilion-setahun-daripada-rasionalisasi-subsidi-ron95\/","title":{"rendered":"Penjimatan RM2.5 hingga 4 bilion setahun daripada rasionalisasi subsidi RON95"},"content":{"rendered":"<p>Pelaksanaan rasionalisasi subsidi petrol RON95 yang bermula September lalu dijangka menjimatkan perbelanjaan kerajaan antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun.<\/p>\n<p>Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata unjuran itu dibuat berdasarkan analisis penggunaan domestik dan andaian kira-kira 20 peratus pengguna semasa adalah golongan tidak layak.<\/p>\n<p>\u201cSemasa menangani ketirisan subsidi, pendekatan kerajaan secara penyasaran subsidi memiliki kelebihan tidak menyebabkan peningkatan kadar inflasi mendadak,\u201d jelas Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam jawapan bertulis kepada parlimen.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan langkah ini penting untuk mengurangkan liabiliti jangka panjang dan menstabilkan kedudukan fiskal negara.<\/p>\n<p>Jangkaan penjimatan itu mengambil kira pelbagai senario harga minyak mentah global serta penghapusan subsidi kepada kumpulan tidak disasarkan seperti warga asing dan pengguna komersial.<\/p>\n<p>Anwar menekankan pendekatan ini juga lebih adil kerana mengambil kira keperluan berbeza dalam kalangan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cMelalui pendekatan penyasaran subsidi, kadar inflasi dijangka kekal di bawah dua peratus untuk 2025 dan 2026. Ia membantu dari segi kos sara hidup dengan menampung tahap penggunaan berbeza dalam kalangan rakyat,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan rasionalisasi subsidi bukanlah langkah yang akan menambah hutang negara, sebaliknya merupakan strategi penting untuk mengukuhkan keyakinan pelabur. Hasil penjimatan yang diperoleh akan dijana semula untuk manfaat rakyat.<\/p>\n<p>\u201cPenjimatan melalui penyasaran subsidi ini akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat dan pembiayaan pembangunan kemudahan pendidikan, kesihatan serta pengangkutan awam negara. Ini adalah inisiatif membantu meringankan beban rakyat,\u201d tegas Anwar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pelaksanaan rasionalisasi subsidi petrol RON95 yang bermula September lalu dijangka menjimatkan perbelanjaan kerajaan antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata unjuran itu dibuat berdasarkan analisis penggunaan domestik dan andaian kira-kira 20 peratus pengguna semasa adalah golongan tidak layak. \u201cSemasa menangani ketirisan subsidi, pendekatan kerajaan secara penyasaran subsidi memiliki kelebihan tidak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":362,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,1798,309,18,556,555,296],"authors":[],"class_list":["post-5737","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-budi95","tag-parlimen","tag-pmx","tag-rasionalisasi","tag-ron95","tag-subsidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5737","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5737"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5737\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5738,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5737\/revisions\/5738"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/362"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5737"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5737"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5737"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5737"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}