{"id":5752,"date":"2025-12-05T11:05:45","date_gmt":"2025-12-05T11:05:45","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5752"},"modified":"2025-12-05T11:05:45","modified_gmt":"2025-12-05T11:05:45","slug":"tiada-perlindungan-untuk-penjenayah-rasuah-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tiada-perlindungan-untuk-penjenayah-rasuah-anwar\/","title":{"rendered":"Tiada perlindungan untuk penjenayah rasuah: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim memberi jaminan tiada sesiapa yang kebal daripada tindakan undang-undang sekiranya terbabit dengan jenayah rasuah, termasuk mereka dari Pejabat Perdana Menteri sendiri.<\/p>\n<p>Perdana Menteri mengingatkan semua pimpinan dan badan penguatkuasa agar tidak melindungi mana-mana anggota yang melakukan salah laku.<\/p>\n<p>\u201cKalau kebetulan ada anggota kita tersalah langkah, kalau ringan tindakan disiplin (boleh) diambil, kalau terlanjur besar, mesti ada kesediaan dari badan penguat kuasa untuk bertindak terhadap anggota kita sendiri, baru boleh selamat negara ini,\u201d tegas Anwar dalam ucaptama pada Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2025 hari ini.<\/p>\n<p>Beliau juga memberi kesediaannya untuk memastikan keadilan ditegakkan dan sekiranya terdapat bukti wajar tindakan diambil tanpa mengira latar belakang.<\/p>\n<p>\u201cJadi bayangkan pejabat saya kalau ada, saya (akan) beritahu kepada Tan Sri Azam Baki, saya tidak melindungi sesiapa, terus ambil tindakan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Anwar memberi amaran mengenai ancaman manipulasi persepsi awam dan campur tangan pihak berkepentingan yang cuba menggugat sistem pentadbiran negara.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan masih wujud individu atau kumpulan dengan sumber kewangan besar yang boleh digunakan untuk menyusup masuk ke dalam institusi awam, kehakiman, badan penguatkuasaan, dan media sosial.<\/p>\n<p>\u201cTidak mudah kerana orang yang kita asak dan serang itu, kadang-kadang mempunyai simpanan berbilion ringgit. Dia gunakan untuk terus menyokong sama ada orang politik ataupun menerobos menyeludup ke sistem pejabat awam atau kehakiman,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Namun, Anwar menekankan semua kelemahan sistem perlu diperbaiki dan ditangani dengan tegas.<\/p>\n<p>\u201cKita tak nafikan itu semua. Saya ada bincang juga dengan Ketua Pesuruhjaya (SPRM) kalau ada, kita jawab supaya kita tangani masalah dengan tegas,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Perdana Menteri turut menekankan setiap tindakan penguatkuasaan mesti dilaksanakan dengan teliti, berlandaskan prinsip negara hukum dan memelihara integriti institusi.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan penjelasan cepat dan meyakinkan perlu diberikan sekiranya mana-mana tindakan dipersoalkan, kerana cara sesuatu tindakan dijalankan adalah sama penting dengan pelaksanaan undang-undang itu sendiri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim memberi jaminan tiada sesiapa yang kebal daripada tindakan undang-undang sekiranya terbabit dengan jenayah rasuah, termasuk mereka dari Pejabat Perdana Menteri sendiri. Perdana Menteri mengingatkan semua pimpinan dan badan penguatkuasa agar tidak melindungi mana-mana anggota yang melakukan salah laku. \u201cKalau kebetulan ada anggota kita tersalah langkah, kalau ringan tindakan disiplin (boleh) diambil, kalau terlanjur [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3756,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,569,285,18,24,21],"authors":[],"class_list":["post-5752","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-jenayah","tag-madani","tag-pmx","tag-rasuah","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5752","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5752"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5752\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5753,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5752\/revisions\/5753"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3756"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5752"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5752"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5752"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5752"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}