{"id":5756,"date":"2025-12-05T11:14:22","date_gmt":"2025-12-05T11:14:22","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5756"},"modified":"2025-12-05T11:14:22","modified_gmt":"2025-12-05T11:14:22","slug":"fahmi-sangkal-dakwaan-mp-pasir-mas-nafi-kerajaan-campur-tangan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/fahmi-sangkal-dakwaan-mp-pasir-mas-nafi-kerajaan-campur-tangan\/","title":{"rendered":"Fahmi sangkal dakwaan MP Pasir Mas, nafi kerajaan campur tangan"},"content":{"rendered":"<p>Fahmi Fadzil menepis tuduhan Ahli Parlimen Pasir Mas, Fadhli Shaari, dengan menyifatkannya sebagai fitnah yang jauh menyimpang daripada kenyataan sebenar.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi itu berkata Fadhli sepatutnya meneliti kenyataan berkenaan sebelum membuat tuduhan yang boleh mengelirukan orang ramai.<\/p>\n<p>\u201cBeliau patut baca dan fahami dulu kenyataan itu sebelum lontar tuduhan melulu\u201d katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan sendiri sebelum ini menyatakan persetujuan untuk perkara tersebut dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.<\/p>\n<p>\u201cTakiyuddin sendiri sudah cakap bersedia untuk dirujuk, jadi apa isu sebenarnya?\u201d soal Fahmi.<\/p>\n<p>Terdahulu, Fadhli mendakwa kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Azalina Othman Said mengatakan Jemaah Menteri memutuskan supaya Takiyuddin dirujuk kepada jawatankuasa tersebut menimbulkan kebimbangan seolah-olah wujud campur tangan eksekutif dalam urusan Parlimen.<\/p>\n<p>Menurutnya, hal ehwal disiplin Ahli Dewan adalah bidang kuasa eksklusif Dewan Rakyat, bukannya Kabinet.<\/p>\n<p>Namun, Fahmi menegaskan dakwaan itu tidak berasas sama sekali dan menjelaskan Azalina dan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, sudah pun menjelaskan proses yang sedang berjalan.<\/p>\n<p>\u201cSaifuddin dah jelaskan bahawa usul di Dewan akan disesuaikan bagi memastikan ia dirujuk secara rasmi mengikut aturan Peraturan Mesyuarat dan Perlembagaan\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut Fahmi, langkah itu jelas menunjukkan bahawa tindakan terhadap isu berkenaan diurus sepenuhnya mengikut peraturan Parlimen tanpa sebarang campur tangan luar.<\/p>\n<p>Terdahulu, usul untuk menggantung Takiyuddin daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan telah ditangguhkan.<\/p>\n<p>Cadangan penggantungan itu didakwa berasaskan kepada ucapan beliau yang memberi imej negatif terhadap anggota Maritim Malaysia dan dikatakan menyamakan latihan agensi berkenaan dengan insiden sensitif masa lalu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Fahmi Fadzil menepis tuduhan Ahli Parlimen Pasir Mas, Fadhli Shaari, dengan menyifatkannya sebagai fitnah yang jauh menyimpang daripada kenyataan sebenar. Menteri Komunikasi itu berkata Fadhli sepatutnya meneliti kenyataan berkenaan sebelum membuat tuduhan yang boleh mengelirukan orang ramai. \u201cBeliau patut baca dan fahami dulu kenyataan itu sebelum lontar tuduhan melulu\u201d katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3835,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[724,947,49,631,235,22,184,309,20,2294],"authors":[],"class_list":["post-5756","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-fadhli-shaari","tag-dewan-rakyat","tag-fahmi-fadzil","tag-gantung","tag-kabinet","tag-kdn","tag-komunikasi","tag-parlimen","tag-saifuddin-nasution-ismail","tag-takiyuddin-hassan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5756","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5756"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5756\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5757,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5756\/revisions\/5757"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3835"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5756"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5756"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5756"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5756"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}