{"id":5764,"date":"2025-12-06T05:52:12","date_gmt":"2025-12-06T05:52:12","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5764"},"modified":"2025-12-06T05:52:12","modified_gmt":"2025-12-06T05:52:12","slug":"menteri-agama-puji-dasar-hijab-airasia-cadang-syarikat-lain-ikut-jejak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/menteri-agama-puji-dasar-hijab-airasia-cadang-syarikat-lain-ikut-jejak\/","title":{"rendered":"Menteri Agama puji dasar hijab AirAsia, cadang syarikat lain ikut jejak"},"content":{"rendered":"<p>Kementerian Hal Ehwal Agama menyifatkan keputusan AirAsia membenarkan kru kabin wanita memakai hijab di semua laluan penerbangan bermula tahun depan sebagai langkah progresif yang wajar dicontohi syarikat korporat lain.<\/p>\n<p>Menterinya, Dr. Mohd Na\u2019im Mokhtar, memuji pengumuman syarikat penerbangan tambang murah itu sebagai satu komitmen terhadap kepelbagaian dan penghormatan terhadap tuntutan agama pekerja.<\/p>\n<p>\u201cSaya menyambut baik dan mengucapkan tahniah atas keputusan matang oleh pihak pengurusan AirAsia. Usaha murni ini adalah kunci kejayaan dalam merealisasikan pilihan seragam berhijab yang lebih inklusif,\u201d katanya dalam satu kenyataan di Facebook.<\/p>\n<p>Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada semua asatizah dan pihak yang terlibat dalam perbincangan berterusan dengan AirAsia sehingga membuahkan hasil positif tersebut.<\/p>\n<p>Mohd Na\u2019im berharap langkah AirAsia ini akan menjadi pendorong kepada entiti korporat lain di negara ini dalam menyokong hak pekerja menjalani tuntutan agama.<\/p>\n<p>\u201cSaya berharap keputusan AirAsia ini akan menjadi contoh terbaik kepada syarikat-syarikat lain di Malaysia untuk sentiasa prihatin dan menyokong kebebasan serta hak setiap pekerja, selaras dengan semangat perlembagaan negara dan nilai-nilai Malaysia MADANI,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>AirAsia sebelum ini mengumumkan pembaharuan dasar pakaian seragam kru kabinnya, yang membolehkan kru wanita memiliki pilihan memakai hijab ketika bertugas mulai suku pertama 2026.<\/p>\n<p>Dasar baru itu dikatakan selaras dengan evolusi budaya syarikat dan maklum balas daripada pelbagai pihak.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Hal Ehwal Agama menyifatkan keputusan AirAsia membenarkan kru kabin wanita memakai hijab di semua laluan penerbangan bermula tahun depan sebagai langkah progresif yang wajar dicontohi syarikat korporat lain. Menterinya, Dr. Mohd Na\u2019im Mokhtar, memuji pengumuman syarikat penerbangan tambang murah itu sebagai satu komitmen terhadap kepelbagaian dan penghormatan terhadap tuntutan agama pekerja. \u201cSaya menyambut baik [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1260,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1681,534,771,2619,205,2620],"authors":[],"class_list":["post-5764","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-agama","tag-airasia","tag-dr-mohd-naim-mokhtar","tag-hijab","tag-menteri","tag-penerbangan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5764","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5764"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5764\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5765,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5764\/revisions\/5765"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1260"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5764"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5764"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5764"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5764"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}