{"id":5766,"date":"2025-12-06T05:57:51","date_gmt":"2025-12-06T05:57:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5766"},"modified":"2025-12-06T05:57:51","modified_gmt":"2025-12-06T05:57:51","slug":"prk-kinabatangan-dan-lamag-bakal-diadakan-belum-capai-tempoh-matang-pakar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prk-kinabatangan-dan-lamag-bakal-diadakan-belum-capai-tempoh-matang-pakar\/","title":{"rendered":"PRK Kinabatangan dan Lamag bakal diadakan, belum capai tempoh matang: Pakar"},"content":{"rendered":"<p>Dua kerusi penting di Sabah, Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag, hampir pasti menuju Pilihan Raya Kecil (PRK) susulan kematian penyandangnya, Bung Moktar Radin.<\/p>\n<p>Walaupun penggal Parlimen ke-15 sudah berjalan hampir dua tahun, tempoh \u201cmatang\u201d yang membolehkan PRK tidak diadakan masih belum bermula.<\/p>\n<p>Pakar Perlembagaan merangkap Pensyarah Undang-Undang dan Polisi UTM, Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof, menjelaskan kewajipan mengadakan PRK masih terpakai kerana pengiraan tempoh penggal dibuat berdasarkan tarikh sidang pertama Parlimen, bukan tarikh PRU.<\/p>\n<p>\u201cSidang Parlimen ke-15 bermula pada 19 Disember 2022. Jadi penggal lima tahun hanya akan tamat pada 18 Disember 2027,\u201d katanya dipetik laporan BH.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan fasal dua tahun terakhir penggal yang membolehkan PRK tidak diadakan hanya bermula pada 19 Disember 2025.<\/p>\n<p>\u201cKekosongan sekarang berlaku lebih awal. Jadi, PRK Kinabatangan wajib diadakan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menyentuh kedudukan DUN Lamag yang juga kosong selepas Bung Moktar menang kerusi itu pada PRN namun belum sempat mengangkat sumpah.<\/p>\n<p>Menurutnya, sumpah bukan faktor penentu dalam isu kekosongan.<\/p>\n<p>\u201cPunca kekosongan ialah kematian. Status Allahyarham tetap \u2018ADUN terpilih\u2019.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun belum angkat sumpah, ia tetap dianggap kekosongan yang memerlukan PRK,\u201d katanya yang menegaskan perlembagaan memfokuskan kewujudan kekosongan, bukan soal sah atau tidaknya sumpah.<\/p>\n<p>Pandangan itu seiring dengan pendapat Pensyarah Undang-Undang UIAM, Prof Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar, yang berkata kedua-dua kerusi wajar diisytiharkan kosong.<\/p>\n<p>\u201cTempoh yang membolehkan PRK tidak diadakan masih belum tiba. Maka, SPR perlu mengadakan pilihan raya.<\/p>\n<p>\u201cUntuk DUN Lamag pun sama, walaupun belum angkat sumpah, beliau sudah menjadi ADUN secara sah selepas menang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bung Moktar, yang juga Pengerusi BN Sabah, meninggal dunia awal pagi semalam di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada usia 66 tahun.<\/p>\n<p>Pada PRN 29 November lalu, beliau mempertahankan kerusi DUN Lamag dengan majoriti tipis 153 undi dalam saingan enam penjuru.<\/p>\n<p>SPR sebelum ini memaklumkan DUN Lamag mempunyai 13,859 pengundi berdaftar dan merupakan salah satu daripada tiga kerusi DUN dalam Parlimen Kinabatangan.<\/p>\n<p>Dengan kekosongan kini rasmi, tumpuan seterusnya terarah kepada keputusan SPR untuk menetapkan tarikh PRK bagi kedua-dua kerusi tersebut.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dua kerusi penting di Sabah, Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag, hampir pasti menuju Pilihan Raya Kecil (PRK) susulan kematian penyandangnya, Bung Moktar Radin. Walaupun penggal Parlimen ke-15 sudah berjalan hampir dua tahun, tempoh \u201cmatang\u201d yang membolehkan PRK tidak diadakan masih belum bermula. Pakar Perlembagaan merangkap Pensyarah Undang-Undang dan Polisi UTM, Prof Madya Dr Muhammad Fathi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5767,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1575,2611,2621,2422,633,478,102,1394],"authors":[],"class_list":["post-5766","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bung-moktar-radin","tag-kinabatangan","tag-kosongkan","tag-lamag","tag-pilihan-raya","tag-prk","tag-sabah","tag-spr"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5766","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5766"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5766\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5768,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5766\/revisions\/5768"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5767"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5766"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5766"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5766"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5766"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}