{"id":5777,"date":"2025-12-06T09:09:41","date_gmt":"2025-12-06T09:09:41","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5777"},"modified":"2025-12-06T09:09:41","modified_gmt":"2025-12-06T09:09:41","slug":"kekalahan-pn-di-sabah-perlu-diletak-atas-bahu-ronald-kiandee-dan-hamzah-ilham-center","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kekalahan-pn-di-sabah-perlu-diletak-atas-bahu-ronald-kiandee-dan-hamzah-ilham-center\/","title":{"rendered":"Kekalahan PN di Sabah perlu diletak atas bahu Ronald Kiandee dan Hamzah: Ilham Center"},"content":{"rendered":"<p>Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar, menunding kegagalan teruk Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kepada kesilapan strategi dan kepimpinan yang lewat bertindak, terutamanya Pengerusinya di negeri itu, Ronald Kiandee, serta Pengarah Pilihan Rayanya, Hamzah Zainuddin.<\/p>\n<p>Menurut Hisommudin dalam wawancara Podcast TigerShow, masalah bermula sejak penyusunan semula politik di Sabah selepas PRN 2020 dan Ronald tidak memainkan peranannya untuk membina semula kekuatan PN di negeri tersebut.<\/p>\n<p>\u201cSelepas sebahagian besar anggota yang menang atas tiket PN mengorak langkah menubuhkan GRS, berlaku proses pertukaran brand (jenama). Ronald Kiandee selaku Pengerusi Perhubungan PN tidak membina semula parti yang sudah ranap itu,\u201d katanya, merujuk kepada penghijrahan besar-besaran kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).<\/p>\n<p>Beliau berkata PN lebih memberi tumpuan kepada mesyuarat dalaman berbanding membina kekuatan di medan<\/p>\n<p>\u201cAkhirnya, dalam tempoh dua bulan terakhir baru terkial-kial menyusun strategi. Saya yakin calon yang diputuskan oleh PN dibuat terlalu lewat. Terlalu lewat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kelewatan ini menyebabkan calon PN ketinggalan berbanding pesaing yang mungkin sudah memulakan kerja lapangan setahun lebih awal.<\/p>\n<p>Hisommudin juga mempersoalkan keputusan bertanding di 42 kerusi yang dibuat oleh Ronald dan Hamzah di Sabah.<\/p>\n<p>\u201cApakah asas mereka bertanding 42 kerusi? Adakah survei dibuat untuk mengukur kemampuan jentera dan sumber?<\/p>\n<p>\u201cPengerusi negeri dan pengarah pilihan raya perlu bertanggungjawab atas keputusan seburuk ini,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau berpendapat, dengan permulaan yang lewat, PN sepatutnya menumpukan sumber pada kerusi terpilih sahaja agar tidak \u2018terserak\u2019.<\/p>\n<p>Analisis Ilham Centre mendapati kemenangan di Karambunai bukanlah atas kekuatan PN.<\/p>\n<p>\u201cIa kerana kekuatan personaliti calon, iaitu Dr. Ali Akbar Gulasan dan Datuk Seri Ronald Kiandee sendiri, yang mempunyai kredibiliti,\u201d jelas Hisommudin.<\/p>\n<p>Beliau turut menggariskan satu pengajaran penting untuk Semenanjung iaitu tren pengundi muda yang semakin berpaling tadah.<\/p>\n<p>\u201cTren yang membengkak dalam segmen anak muda ialah pemecahan pola pengundian mereka.<\/p>\n<p>\u201cMereka tidak lagi memilih kerana parti atau sentimen lama, tetapi lebih terjurus kepada personaliti yang mereka lihat di media sosial,\u201d jelas Hisommudin.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar, menunding kegagalan teruk Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kepada kesilapan strategi dan kepimpinan yang lewat bertindak, terutamanya Pengerusinya di negeri itu, Ronald Kiandee, serta Pengarah Pilihan Rayanya, Hamzah Zainuddin. Menurut Hisommudin dalam wawancara Podcast TigerShow, masalah bermula sejak penyusunan semula politik di Sabah selepas PRN [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5778,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1035,2625,2624,541,103,1223,102],"authors":[],"class_list":["post-5777","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-hamzah-zainuddin","tag-hisommudin-bakar","tag-ilham-centre","tag-perikatan-nasional","tag-prn","tag-ronald-kiandee","tag-sabah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5777","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5777"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5777\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5779,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5777\/revisions\/5779"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5778"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5777"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5777"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5777"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5777"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}