{"id":5788,"date":"2025-12-06T12:20:32","date_gmt":"2025-12-06T12:20:32","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5788"},"modified":"2025-12-06T12:20:32","modified_gmt":"2025-12-06T12:20:32","slug":"had-umur-16-tahun-pengguna-media-sosial-perlu-dilaksana-banyak-kes-membimbangkan-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/had-umur-16-tahun-pengguna-media-sosial-perlu-dilaksana-banyak-kes-membimbangkan-fahmi\/","title":{"rendered":"Had umur 16 tahun pengguna media sosial perlu dilaksana, banyak kes membimbangkan: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Kementerian Komunikasi sedang mengkaji pelaksanaan had umur 16 tahun untuk penggunaan media sosial, sebagai langkah proaktif melindungi kanak-kanak dan remaja daripada risiko eksploitasi dan kandungan tidak senonoh dalam talian.<\/p>\n<p>Menterinya, Fahmi Fadzil, berkata kajian itu dibuat berikutan insiden membimbangkan yang melibatkan seorang murid berusia 10 tahun di Kuala Lumpur menghantar mesej meminta gambar tidak senonoh kepada gurunya melalui WhatsApp.<\/p>\n<p>\u201cKita berharap isu seperti ini dapat diatasi dengan sekatan terhadap platform media sosial dan sistem pemesejan seperti WhatsApp.<\/p>\n<p>\u201cKita bukan nak halang semua aplikasi, tetapi pada waktu ini kita lihat adalah media sosial,\u201d jelas Fahmi selepas merasmikan Majlis Penutupan Karnival Mega Kempen Internet Selamat 2025 di Pusat Pameran dan Konvensyen IOI City Mall hari ini.<\/p>\n<p>Beliau juga memberitahu kementeriannya bekerjasama rapat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, bagi melaksanakan Akta Keselamatan Dalam Talian (OnSA) 2024 yang membenarkan denda sehingga RM10 juta.<\/p>\n<p>\u201cKita akan berbincang dengan platform media sosial dalam merangka kerangka yang sesuai dengan Malaysia, contohnya proses pengesahan identiti seperti penggunaan dokumen rasmi kerajaan,\u201d katanya sambil menyatakan pihaknya juga meneliti mekanisme pelaksanaan di negara lain seperti Australia.<\/p>\n<p>Mengenai kempen kesedaran, Fahmi mengumumkan Kempen Internet Selamat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan diteruskan tahun depan sebagai Kempen Internet Selamat 2.0.<\/p>\n<p>\u201cTahun depan, kita akan pergi ke sekolah seterusnya dan perluaskan lagi kempen ini dengan penglibatan lebih banyak komuniti termasuk rukun tetangga, ibu bapa serta rumah-rumah ibadat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Karnival tersebut berjaya menarik penyertaan 8,462 sekolah melibatkan hampir 370,000 pelajar, dan dijangka diperluas kepada institusi pengajian tinggi serta kumpulan seperti warga emas dan belia pada 2026.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Komunikasi sedang mengkaji pelaksanaan had umur 16 tahun untuk penggunaan media sosial, sebagai langkah proaktif melindungi kanak-kanak dan remaja daripada risiko eksploitasi dan kandungan tidak senonoh dalam talian. Menterinya, Fahmi Fadzil, berkata kajian itu dibuat berikutan insiden membimbangkan yang melibatkan seorang murid berusia 10 tahun di Kuala Lumpur menghantar mesej meminta gambar tidak senonoh [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5789,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2515,49,2101,184,16,405],"authors":[],"class_list":["post-5788","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-16-tahun","tag-fahmi-fadzil","tag-had-umur","tag-komunikasi","tag-mcmc","tag-media-sosial"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5788","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5788"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5788\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5790,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5788\/revisions\/5790"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5789"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5788"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5788"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5788"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5788"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}