{"id":579,"date":"2025-06-03T13:51:10","date_gmt":"2025-06-03T13:51:10","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=579"},"modified":"2025-06-03T13:51:10","modified_gmt":"2025-06-03T13:51:10","slug":"khabar-angin-kosongkan-kerusi-dun-beri-zafrul-laluan-dinafi-mb-selangor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/khabar-angin-kosongkan-kerusi-dun-beri-zafrul-laluan-dinafi-mb-selangor\/","title":{"rendered":"Khabar angin kosongkan kerusi DUN beri Zafrul laluan dinafi MB Selangor"},"content":{"rendered":"<p>Khabar angin kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua yang disandang Amirudin Shari bakal dikosongkan adalah tidak benar.<\/p>\n<p>Menteri Besar Selangor itu menyifatkan perkara tersebut sekadar \u2018cakap-cakap politik\u2019 yang tidak berasas dan hanya berteraskan imaginasi individu tertentu, ia selepas timbul ura-ura Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bakal dicalonkan sebagai MB yang baharu.<\/p>\n<p>\u201cCakap-cakap itu masih lagi cakap. Dan cakap-cakap itu semua saya rasa dia ada imaginasi dan dia cuba impose bayangan dia kepada orang melalui hantaran- hantaran yang telah dikeluarkan di media sosial dan sebagainya<\/p>\n<p>\u201cOrang sudah mula sebut seolah-olah akan berlaku kekosongan, Sungai Tua akan dikosongkan. It\u2019s not that simple,\u201d katanya ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan E-Bike kepada Polis Selangor di IPK Selangor hari ini.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata, fokus utama beliau kini adalah untuk menamatkan penggal pentadbiran kerajaan negeri dengan sempurna dan tenang.<\/p>\n<p>\u201cKalau ditanya pandangan peribadi dan saya juga percaya pandangan parti secara keseluruhan bahawa kita hendak melengkapkan penggal ini dengan sempurna dan damai.<\/p>\n<p>\u201cAda beberapa kerja dan beberapa tugasan yang perlu kita lengkapkan,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Amirudin turut memberitahu bahawa sebarang perubahan politik perlu diteliti dengan mendalam dan bukan dilakukan secara tergesa-gesa tanpa mempertimbangkan kesan kepada kestabilan negeri dan kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cKita juga belajar daripada sejarah. Apabila kita lakukan apa yang dikatakan sebagai \u2018Kajang Move\u2019, selama berbulan-bulan wujud ketidaktentuan, walaupun ketika itu kita ada lebih daripada dua pertiga majoriti.<\/p>\n<p>\u201cSaya tak rasa hal ini hendak dilanjutkan dalam situasi dan keadaan sekarang di mana fokus penting sekarang adalah untuk meneruskan balik kepimpinan dan juga memberikan tumpuan kepada isu-isu tentang keutuhan kerajaan Persekutuan dan negeri,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Dalam masa sama, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri dan pimpinan Kerajaan Perpaduan untuk mempertimbangkan pengisian jawatan-jawatan tertentu yang kosong di peringkat pusat.<\/p>\n<p>\u201cHal itu (jawatan kosong) adalah kebijaksanaan Perdana Menteri bersama dengan pimpinan-pimpinan Kerajaan Perpaduan lain untuk mengisi posisi-posisi yang telah dikosongkan oleh beberapa menteri dan juga kemungkinan habisnya senatorship tertentu,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Amirudin turut menyentuh mengenai kedudukan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz yang dikaitkan dengan pelantikan semula ke jawatan kerajaan.<\/p>\n<p>Katanya, tidak ada pihak yang menafikan kebolehan Zafrul sebagai menteri, namun dari segi politik, beliau masih baharu dan perlukan masa untuk menyesuaikan diri.<\/p>\n<p>\u201cBila orang menyebutkan tentang kemampuan dan kebolehan Datuk Seri Utama Zafrul menjadi menteri sebagai contoh, saya rasa di kedua-dua sisi, di mana-mana pihak pun tidak ada yang menyangkal.<\/p>\n<p>\u201cNamun dalam tingkah dan tindakan politik, beliau juga masih baharu dalam politik. Kadang-kadang memang kelihatan dia tidak begitu pantas dan licik menyusun pergerakan,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Amirudin dalam masa sama menyambut baik keputusan Zafrul memilih untuk bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kekal menyumbang dalam Kerajaan Perpaduan.<\/p>\n<p>\u201cSaya pernah sebutkan, adalah lebih baik dia menyertai rakan dalam gabungan, sekurang-kurangnya dia masih lagi memberikan sokongan dan kepakaran beliau berbanding beliau menjadi oposisi dan menyerah. Posisi itu sebenarnya lebih menyukarkan dan tidak kami harapkan.<\/p>\n<p>\u201cSaya berpandangan ada baiknya, walaupun ada calar sedikit, ia boleh diatasi dengan perbincangan yang matang dan serius oleh pimpinan PKR,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Khabar angin kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua yang disandang Amirudin Shari bakal dikosongkan adalah tidak benar. Menteri Besar Selangor itu menyifatkan perkara tersebut sekadar \u2018cakap-cakap politik\u2019 yang tidak berasas dan hanya berteraskan imaginasi individu tertentu, ia selepas timbul ura-ura Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bakal dicalonkan sebagai MB yang baharu. \u201cCakap-cakap itu masih [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":489,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[306,409,100,408,9,96,355,146],"authors":[],"class_list":["post-579","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amirudin-shari","tag-dun","tag-kerusi","tag-menteri-besar","tag-pkr","tag-selangor","tag-tengku-zafrul","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/579","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=579"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/579\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":580,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/579\/revisions\/580"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/489"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=579"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=579"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=579"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=579"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}