{"id":5798,"date":"2025-12-07T05:22:44","date_gmt":"2025-12-07T05:22:44","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5798"},"modified":"2025-12-07T05:22:44","modified_gmt":"2025-12-07T05:22:44","slug":"pmx-lancar-dua-inisiatif-baharu-sahabat-penggerak-madani-dan-skim-insurans-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pmx-lancar-dua-inisiatif-baharu-sahabat-penggerak-madani-dan-skim-insurans-rakyat\/","title":{"rendered":"PMX lancar dua inisiatif baharu Sahabat Penggerak Madani dan Skim Insurans Rakyat"},"content":{"rendered":"<p>Dua inisiatif baharu di bawah agenda Kerajaan Madani iaitu program Sahabat Penggerak Madani dan Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) 3.0 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Ahad.<\/p>\n<p>Program ini dilperkenalkan bagi memperkukuh sistem perlindungan sosial dan memperkasakan komuniti di peringkat akar umbi, menurut Anwar.<\/p>\n<p>Majlis pelancaran itu menjadi kemuncak Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku dan berlangsung serentak dengan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025.<\/p>\n<p>\u201cKedua-dua inisiatif ini menandakan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasakan kesejahteraan rakyat melalui pendekatan berasaskan nilai Madani,\u201d kata Anwar.<\/p>\n<p>Sahabat Penggerak Madani merupakan individu yang dilatih untuk menjadi duta kesedaran mengenai dasar kerajaan di peringkat komuniti.<\/p>\n<p>Manakala, SIKR 3.0 adalah skim insurans bagi memberi perlindungan kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih.<\/p>\n<p>\u201cIa adalah usaha kita untuk memastikan jaringan keselamatan sosial lebih kukuh dan menyentuh mereka yang paling memerlukan,\u201d tambah Anwar.<\/p>\n<p>Program Rancakkan Madani yang dianjurkan oleh Pejabat Perdana Menteri melalui Unit PACU itu telah menarik sambutan luar biasa dengan kehadiran seramai 304,107 pengunjung, melebihi sasaran awal 300,000 orang.<\/p>\n<p>Acara tiga hari itu merangkumi pameran interaktif, sesi perkongsian dan forum berkaitan pembaharuan perkhidmatan awam.<\/p>\n<p>Anwar turut meluangkan masa membuat tinjauan mesra bersama peserta dan pengunjung di sekitar pameran selepas majlis pelancaran.<\/p>\n<p>Program ini dilihat sebagai kesinambungan tradisi pelaporan tahunan kerajaan secara langsung kepada rakyat bagi menyampaikan perkembangan dan inisiatif terkini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dua inisiatif baharu di bawah agenda Kerajaan Madani iaitu program Sahabat Penggerak Madani dan Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) 3.0 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Ahad. Program ini dilperkenalkan bagi memperkukuh sistem perlindungan sosial dan memperkasakan komuniti di peringkat akar umbi, menurut Anwar. Majlis pelancaran itu menjadi kemuncak Program Rancakkan Madani Bersama [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1468,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,285,18,1103,2632,2633],"authors":[],"class_list":["post-5798","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-madani","tag-pmx","tag-program","tag-sahabat-penggerak-madani","tag-sikr"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5798","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5798"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5798\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5799,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5798\/revisions\/5799"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1468"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5798"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5798"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5798"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5798"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}