{"id":5802,"date":"2025-12-07T05:32:46","date_gmt":"2025-12-07T05:32:46","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5802"},"modified":"2025-12-07T05:32:46","modified_gmt":"2025-12-07T05:32:46","slug":"serangan-dap-tak-halang-mca-perjuangkan-isu-rakyat-ka-siong","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/serangan-dap-tak-halang-mca-perjuangkan-isu-rakyat-ka-siong\/","title":{"rendered":"Serangan DAP tak halang MCA perjuangkan isu rakyat: Ka Siong"},"content":{"rendered":"<p>Walaupun sering menjadi sasaran serangan politik DAP, MCA teguh dalam peranannya membetulkan dasar-dasar kerajaan yang dianggap membebankan rakyat, tegas Wee Ka Siong.<\/p>\n<p>Presiden MCA itu berkata, corak serangan itu kerap berlaku setiap kali MCA membangkitkan isu-isu kepentingan rakyat, tetapi akhirnya dasar kerajaan diperbetulkan mengikut teguran parti.<\/p>\n<p>\u201cSetiap kali ada masalah, naratif mereka sama, semua salah MCA, semua salah Wee Ka Siong.<\/p>\n<p>\u201cTetapi apabila fakta dibentang, dasar kerajaan akhirnya diperbetulkan,\u201d katanya dalam ucapannya semasa Perhimpunan Agung Perwakilan Pusat MCA hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Ka Siong, contoh terbaik ialah ketika MCA mengkritik pelaksanaan awal e-invois yang membebankan peniaga kecil.<\/p>\n<p>\u201cKami dituduh sebagai \u2018pengkhianat\u2019, tetapi akhirnya kerajaan menaikkan ambang pengecualian kepada RM1 juta. Ini membuktikan teguran MCA berasas dan berpihak kepada rakyat,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Isu lain ialah bantahan MCA terhadap penggunaan gas petroleum cecair (LPG) komersial yang lebih mahal kepada penjaja.<\/p>\n<p>\u201cDAP menuduh kami menimbulkan ketakutan, tetapi Kabinet akhirnya memberi pengecualian. Suara MCA selari suara rakyat,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau juga membangkitkan kebimbangan awal MCA terhadap implikasi Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-AS (ART).<\/p>\n<p>\u201cBila MCA bersuara, kita diserang. Bila orang lain persoal, mereka senyap. Jadi siapa sebenarnya yang mengelirukan rakyat?\u201d soal Ka Siong.<\/p>\n<p>Mengenai isu matrikulasi pelajar cemerlang, beliau menegaskan MCA membawa suara 260 pelajar yang terjejas.<\/p>\n<p>\u201cDAP tuduh kami mempolitikkan isu, tetapi apabila kerajaan membetulkannya, semua senyap,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ka Siong menegaskan MCA tidak akan berdiam diri walaupun berada dalam kerajaan perpaduan.<\/p>\n<p>\u201cApabila dasar baik, kita sokong. Apabila dasar memudaratkan rakyat, kita tidak akan diam. Rakyat mahu pemimpin yang berani bersuara,\u201d tegasnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Walaupun sering menjadi sasaran serangan politik DAP, MCA teguh dalam peranannya membetulkan dasar-dasar kerajaan yang dianggap membebankan rakyat, tegas Wee Ka Siong. Presiden MCA itu berkata, corak serangan itu kerap berlaku setiap kali MCA membangkitkan isu-isu kepentingan rakyat, tetapi akhirnya dasar kerajaan diperbetulkan mengikut teguran parti. \u201cSetiap kali ada masalah, naratif mereka sama, semua salah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1731,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[63,1288,180,506,468],"authors":[],"class_list":["post-5802","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dap","tag-isu","tag-mca","tag-rakyat","tag-wee-ka-siong"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5802","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5802"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5802\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5803,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5802\/revisions\/5803"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1731"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5802"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5802"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5802"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5802"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}