{"id":581,"date":"2025-06-04T02:39:37","date_gmt":"2025-06-04T02:39:37","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=581"},"modified":"2025-06-04T02:39:37","modified_gmt":"2025-06-04T02:39:37","slug":"guna-duit-poket-sendiri-kata-beberapa-pemimpin-umno-di-uk-bersama-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/guna-duit-poket-sendiri-kata-beberapa-pemimpin-umno-di-uk-bersama-zahid\/","title":{"rendered":"Guna duit poket sendiri, kata beberapa pemimpin UMNO di UK bersama Zahid"},"content":{"rendered":"<p>Tular gambar dalam media sosial yang dikongsi sekumpulan pemimpin UMNO dalam lawatan ke London bersama Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.<\/p>\n<p>Presiden UMNO itu sedang lawatan kerja selama empat hari ke UK yang bermula pada 1 Jun dan berlegar dalam media sosial gambar pemimpin parti itu yang juga berada di sana.<\/p>\n<p>Menurut Setiausaha Politik Ahmad Zahid, Megat Zulkarnain Omardin, ramai pemimpin UMNO yang menyertai rombongan tersebut menggunakan wang mereka sendiri.<\/p>\n<p>\u201cKecuali pegawai (Zahid), yang lain bayar dengan duit poket sendiri. Mereka tidak menerima sebarang perbelanjaan daripada Jabatan Perdana Menteri atau Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah,\u201d kata Megat dipetik laporan Malaysiakini.<\/p>\n<p>Katanya, sebahagian pemimpin UMNO yang dilihat menghadiri acara bersama presiden parti itu di United Kingdom berada di negara itu kerana bercuti.<\/p>\n<p>Sementara itu Ketua Pergerakan Wanita UMNO Maran, Shahaniza Shamsuddin juga turut menafikan menggunakan peruntukan kementerian dalam lawatannya ke UK.<\/p>\n<p>Shahaniza berkata, beliau dan juga pemimpin UMNO lain yang hadir ke UK tidak menggunakan sebarang kemudahan ditanggung kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cPosting saya semalam gambar bersama YAB DS Zahid Hamidi telah digunakan oleh Malaysiakini tanpa kebenaran dan telah mengundang pelbagai reaksi negatif netizen.<\/p>\n<p>\u201cTuduhan menggunakan duit rakyat dan sebagainya adalah melampau. Kami hadir bertemu anak-anak muda yang mahu mengaktifkan semula Kelab UMNO UK atas perbelanjaan kami sendiri,\u201d katanya dalam hantaran di media sosial.<\/p>\n<p>Berdasarkan foto yang dimuat naik di media sosial, laporan portal Malaysiakini menganggarkan sekurang-kurangnya 12 pemimpin UMNO kini berada di London.<\/p>\n<p>Tiga daripada mereka ialah pegawai Zahid termasuk Megat yang juga Pengerusi Umno Selangor dan Razlan Rafii (Ketua bahagian UMNO Seputeh), serta setiausaha akhbar Fadzmel Fadzil (Exco Pemuda UMNO).<\/p>\n<p>Seorang lagi yang menyertai rombongan itu ialah Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki atas kapasitinya sebagai Pengerusi MARA \u2013 jawatan yang berkait rapat dengan portfolio Zahid dalam Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tular gambar dalam media sosial yang dikongsi sekumpulan pemimpin UMNO dalam lawatan ke London bersama Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi. Presiden UMNO itu sedang lawatan kerja selama empat hari ke UK yang bermula pada 1 Jun dan berlegar dalam media sosial gambar pemimpin parti itu yang juga berada di sana. Menurut Setiausaha Politik Ahmad [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":582,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[411,48,11,410,146,379],"authors":[],"class_list":["post-581","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-duit-sendiri","tag-lawatan","tag-politik","tag-uk","tag-umno","tag-zahid"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/581","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=581"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/581\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":583,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/581\/revisions\/583"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/582"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=581"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=581"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=581"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=581"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}