{"id":5822,"date":"2025-12-08T03:50:34","date_gmt":"2025-12-08T03:50:34","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5822"},"modified":"2025-12-08T03:50:34","modified_gmt":"2025-12-08T03:50:34","slug":"tuduhan-rafizi-sprm-nafi-diperalat-tegas-siasatan-ikut-prosedur","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tuduhan-rafizi-sprm-nafi-diperalat-tegas-siasatan-ikut-prosedur\/","title":{"rendered":"Tuduhan Rafizi: SPRM nafi diperalat, tegas siasatan ikut prosedur"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak sekeras-kerasnya dakwaan digunakan untuk menekan pemimpin tertentu dalam pemilihan parti PKR baru-baru ini.<\/p>\n<p>Kenyataan SPRM itu dibuat sebagai menjawab tuduhan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dalam wawancara Podcast baru-baru ini.<\/p>\n<p>Dalam satu kenyataan, SPRM menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas dan tidak benar dengan menegaskan semua siasatan hanya dilaksanakan berlandaskan aduan dan maklumat yang diterima.<\/p>\n<p>&#8220;SPRM menegaskan bahawa siasatan hanya dijalankan berdasarkan aduan atau maklumat yang diterima.<\/p>\n<p>\u201cSetiap aduan yang mempunyai asas akan melalui proses pengesahan dan siasatan mengikut undang-undang serta prosedur yang ditetapkan,&#8221; jelas kenyataan tersebut.<\/p>\n<p>Rafizi, dalam rakamannya, mendakwa beberapa anggota PKR yang dilihat tidak digemari pemimpin tertentu telah disiasat, termasuk mereka yang bertanding menentang Nurul Izzah Anwar untuk jawatan timbalan presiden parti.<\/p>\n<p>Beliau juga membangkitkan kes seorang calon sehaluannya yang disiasat kerana membeli rumah lelong secara tunai.<\/p>\n<p>SPRM turut menafikan dakwaan ia &#8216;mengepung&#8217; rumah seorang individu dalam siasatan.<\/p>\n<p>Menurutnya, tindakan itu adalah kaedah siasatan biasa untuk mengelak pelupusan bukti.<\/p>\n<p>&#8220;Selepas pengesahan bahawa individu tersebut tiada di rumah ketika itu, pegawai telah beredar. Keesokan harinya, individu berkenaan hadir sendiri ke pejabat SPRM, rakaman percakapannya diambil dan beliau dibebaskan tanpa penahanan,&#8221; jelas suruhanjaya itu.<\/p>\n<p>SPRM mengulangi bahawa mana-mana pihak yang tidak berpuas hati boleh membuat aduan rasmi melalui saluran yang sah bagi penilaian yang telus, dan mengelakkan tohmahan tanpa bukti tersebar di media sosial.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak sekeras-kerasnya dakwaan digunakan untuk menekan pemimpin tertentu dalam pemilihan parti PKR baru-baru ini. Kenyataan SPRM itu dibuat sebagai menjawab tuduhan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dalam wawancara Podcast baru-baru ini. Dalam satu kenyataan, SPRM menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas dan tidak benar dengan menegaskan semua [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":185,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[12,14,9,209,24,21],"authors":[],"class_list":["post-5822","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-nurul-izzah","tag-pemilihan","tag-pkr","tag-rafizi-ramli","tag-rasuah","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5822","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5822"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5822\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5823,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5822\/revisions\/5823"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/185"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5822"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5822"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5822"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5822"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}