{"id":5825,"date":"2025-12-08T03:56:10","date_gmt":"2025-12-08T03:56:10","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5825"},"modified":"2025-12-08T03:56:10","modified_gmt":"2025-12-08T03:56:10","slug":"anwar-gusar-dengan-kewujudan-golongan-puji-pemberi-rasuah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-gusar-dengan-kewujudan-golongan-puji-pemberi-rasuah\/","title":{"rendered":"Anwar gusar dengan kewujudan golongan puji pemberi rasuah"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim, meluahkan kebimbangan terhadap satu trend membimbangkan yang dilihat semakin menular dalam masyarakat, iaitu mengagung-agungkan individu yang memberi rasuah.<\/p>\n<p>Perdana Menteri menegaskan fenomena ini menghakis nilai kemanusiaan dan merosakkan usaha negara memerangi rasuah, terutamanya apabila sikap pilih kasih timbul sekiranya tindakan undang-undang menyentuh rakan sendiri.<\/p>\n<p>\u201cAda pihak yang terlalu mendewa-dewakan dan mengagung-agungkan sesetengah susuk hingga menghakis nilai kemanusiaan,\u201d tegas Anwar semasa berucap pada Himpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya hari ini.<\/p>\n<p>\u201cMereka mengagung-agungkan pemberi suapan dan keadaan itu menggusarkan. Kita kata benci rasuah, tetapi apabila tindakan diambil dan kalau kena pada kawan, kita akan marah.<\/p>\n<p>\u201cDisebabkan (trend) ini kita tidak akan mampu mengangkat negeri dan negara kita,\u201d jelasnya lagi.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Anwar menekankan kepentingan mengamalkan nilai kemanusiaan, ihsan dan saling menghormati sebagai asas kelangsungan negara.<\/p>\n<p>Beliau menyeru semua pihak untuk menjalankan tugas dengan niat yang ikhlas dan bersih, bebas daripada sebarang bentuk rasuah atau penyelewengan.<\/p>\n<p>\u201cBayangkan, kita buat jambatan dengan niat ikhlas dan bersih tanpa mengira komisen, rasuah serta penyelewengan.<\/p>\n<p>\u201cIa dilaksanakan secara terbaik dengan kos yang ada, untuk faedah manusia, dengan harapan dan niat kasih sayang pada manusia,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau menyifatkan amalan murni ini selari dengan ajaran Islam, dengan merujuk kepada sebuah hadis Nabi Muhammad SAW.<\/p>\n<p>Anwar percaya dengan niat dan pelaksanaan yang suci, rahmat dan keberkatan akan menyusuli setiap usaha pembangunan yang dilakukan untuk kemaslahatan rakyat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim, meluahkan kebimbangan terhadap satu trend membimbangkan yang dilihat semakin menular dalam masyarakat, iaitu mengagung-agungkan individu yang memberi rasuah. Perdana Menteri menegaskan fenomena ini menghakis nilai kemanusiaan dan merosakkan usaha negara memerangi rasuah, terutamanya apabila sikap pilih kasih timbul sekiranya tindakan undang-undang menyentuh rakan sendiri. \u201cAda pihak yang terlalu mendewa-dewakan dan mengagung-agungkan sesetengah susuk [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3756,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1802,13,2637,2603,18,21],"authors":[],"class_list":["post-5825","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-albert-tei","tag-anwar","tag-kkr","tag-pemberi-rasuah","tag-pmx","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5825","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5825"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5825\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5826,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5825\/revisions\/5826"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3756"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5825"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5825"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5825"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5825"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}