{"id":5829,"date":"2025-12-08T05:56:18","date_gmt":"2025-12-08T05:56:18","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5829"},"modified":"2025-12-08T05:56:18","modified_gmt":"2025-12-08T05:56:18","slug":"malaysia-gesa-thailand-kemboja-henti-konflik-sempadan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/malaysia-gesa-thailand-kemboja-henti-konflik-sempadan\/","title":{"rendered":"Malaysia gesa Thailand-Kemboja henti konflik sempadan"},"content":{"rendered":"<p>Malaysia menggesa Thailand dan Kemboja melaksanakan kawalan diri yang maksimum serta segera menghentikan pertempuran di sempadan mereka.<\/p>\n<p>Seruan itu dibuat oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, ekoran laporan serangan udara Thailand ke atas Kemboja yang dipercayai membalas serangan awal pagi sehingga mengorbankan seorang anggota tentera Thailand.<\/p>\n<p>Dalam kenyataannya, Anwar menyatakan kebimbangan mendalamnya dengan laporan pertempuran bersenjata terkini itu.<\/p>\n<p>\u201cSaya mengucapkan takziah kepada keluarga mereka yang terkorban atau cedera,\u201d ujar Anwar, yang pernah menjadi orang tengah dalam rundingan gencatan senjata antara kedua negara jiran itu.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan, pertempuran yang kembali meletus itu berisiko meruntuhkan usaha-usaha berhati-hati yang dibina untuk menstabilkan hubungan kedua-dua negara.<\/p>\n<p>Anwar menekankan keperluan untuk kedua-dua pihak mengekalkan saluran komunikasi terbuka dan memanfaatkan sepenuhnya mekanisme sedia ada.<\/p>\n<p>\u201cKeutamaan segera ialah menghentikan pertempuran, melindungi orang awam, dan kembali ke jalan diplomatik yang disokong oleh undang-undang antarabangsa dan semangat kejiranan yang menjadi sandaran Asean,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Sebagai Pengerusi Semasa Asean, Anwar menambah pertubuhan serantau itu tidak mampu melihat pertikaian ini terjerumus dalam kitaran konfrontasi berpanjangan.<\/p>\n<p>\u201cMalaysia bersedia untuk menyokong langkah-langkah yang dapat membantu memulihkan ketenangan dan mencegah insiden lanjut,\u201d janji Anwar, mengulangi komitmen Malaysia terhadap keamanan dan kestabilan di rantau ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia menggesa Thailand dan Kemboja melaksanakan kawalan diri yang maksimum serta segera menghentikan pertempuran di sempadan mereka. Seruan itu dibuat oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, ekoran laporan serangan udara Thailand ke atas Kemboja yang dipercayai membalas serangan awal pagi sehingga mengorbankan seorang anggota tentera Thailand. Dalam kenyataannya, Anwar menyatakan kebimbangan mendalamnya dengan laporan pertempuran bersenjata [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1879,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[170,221,294,18,2115,1094],"authors":[],"class_list":["post-5829","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar-ibrahim","tag-asean","tag-konflik","tag-pmx","tag-sempadan","tag-thailand-kemboja"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5829","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5829"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5829\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5830,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5829\/revisions\/5830"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1879"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5829"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5829"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5829"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5829"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}