{"id":5833,"date":"2025-12-08T07:36:40","date_gmt":"2025-12-08T07:36:40","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5833"},"modified":"2025-12-08T07:36:40","modified_gmt":"2025-12-08T07:36:40","slug":"kehilangan-pastor-koh-mahkamah-perintah-ganti-rugi-rm30-juta-disimpan-di-amanah-raya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kehilangan-pastor-koh-mahkamah-perintah-ganti-rugi-rm30-juta-disimpan-di-amanah-raya\/","title":{"rendered":"Kehilangan Pastor Koh: Mahkamah perintah ganti rugi RM30 juta disimpan di Amanah Raya"},"content":{"rendered":"<p>Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan wang ganti rugi lebih RM30 juta yang perlu dibayar oleh Kerajaan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kes saman kehilangan paksa Pastor Raymond Koh, didepositkan ke dalam akaun Amanah Raya Berhad.<\/p>\n<p>Perintah itu dikeluarkan selepas kedua-dua pihak bersetuju agar dana tersebut dipegang oleh pemegang amanah sehingga status atau keberadaan Koh dapat dipastikan.<\/p>\n<p>Pada 5 November lalu, Hakim Su Tiang Joo telah memutuskan kerajaan dan PDRM bertanggungjawab atas kehilangan Koh yang diculik pada 13 Februari 2017.<\/p>\n<p>\u201cAmanah Raya dilantik sebagai pemegang amanah bagi Pastor Raymond Koh untuk memegang wang dan faedahnya sehingga keberadaannya dapat dipastikan,\u201d jelas peguam Jerald Gomez yang mewakili plaintif.<\/p>\n<p>\u201cPemilihan Amanah Raya antara lain kerana cajnya yang rendah dan ada jaminan bertulis untuk memulangkan wang kepada kerajaan sekiranya keputusan mahkamah ini diubah pada peringkat rayuan,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Sehingga kini, kerajaan didapati belum membayar ganti rugi berjumlah kira-kira RM32.2 juta itu.<\/p>\n<p>Jumlah tersebut merangkumi ganti rugi am sebanyak RM10,000 sehari bermula tarikh kehilangan Koh, ganti rugi teruk dan teladan masing-masing RM1 juta atas penindasan bukti dan tindakan tidak berperlembagaan, serta RM2 juta kepada isteri Koh, Susanna Liew, atas kesengsaraan dan tekanan mental.<\/p>\n<p>Dalam penghakiman sebelumnya, mahkamah mendapati satu atau lebih pegawai polis terlibat dalam penculikan itu dan bertindak mengikut &#8216;satu arahan&#8217;.<\/p>\n<p>Koh dilaporkan hilang selepas diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Petaling Jaya pada 13 Februari 2017 dan kini sudah menghilang selama 3,188 hari.<\/p>\n<p>Mahkamah juga mengarahkan PDRM menyiasat semula kes ini berdasarkan dapatan Pasukan Petugas Khas dan menyerahkan laporan kepada Jabatan Peguam Negara setiap dua bulan.<\/p>\n<p>Selain itu, Ketua Polis Negara diarahkan menggantikan empat pegawai polis yang terlibat dalam siasatan awal dengan pegawai lain yang tiada kaitan dengan kes tersebut.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan wang ganti rugi lebih RM30 juta yang perlu dibayar oleh Kerajaan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kes saman kehilangan paksa Pastor Raymond Koh, didepositkan ke dalam akaun Amanah Raya Berhad. Perintah itu dikeluarkan selepas kedua-dua pihak bersetuju agar dana tersebut dipegang oleh pemegang amanah sehingga status [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2626,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[360,374,58,2639,43,2640,290],"authors":[],"class_list":["post-5833","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ganti-rugi","tag-kerajaan","tag-mahkamah","tag-pastor","tag-pdrm","tag-raymond-koh","tag-saman"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5833","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5833"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5833\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5834,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5833\/revisions\/5834"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2626"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5833"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5833"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5833"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5833"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}