{"id":5846,"date":"2025-12-09T05:57:38","date_gmt":"2025-12-09T05:57:38","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5846"},"modified":"2025-12-09T05:57:38","modified_gmt":"2025-12-09T05:57:38","slug":"sst-dikekalkan-kerajaan-fokus-kutipan-lebih-pantas-mof","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sst-dikekalkan-kerajaan-fokus-kutipan-lebih-pantas-mof\/","title":{"rendered":"SST dikekalkan, kerajaan fokus kutipan lebih pantas: MOF"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan memutuskan untuk mengekalkan struktur Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada dengan beberapa penambahbaikan, bagi memastikan sistem percukaian negara menjadi lebih cekap serta mampu memberi pulangan fiskal yang lebih pantas.<\/p>\n<p>Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, pendekatan itu diambil kerana SST bersifat lebih bersasar dan tidak membebankan barangan serta perkhidmatan asas yang sering digunakan oleh rakyat.<\/p>\n<p>\u201cSST adalah sistem percukaian yang lebih bersasar dan telah digunakan di Malaysia sejak lebih 40 tahun lalu serta difahami oleh industri, peniaga dan masyarakat,\u201d katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Negara.<\/p>\n<p>Beliau turut menjelaskan pelaksanaan SST mampu memberikan kesan fiskal lebih cepat kepada kerajaan berbanding sistem lain.<\/p>\n<p>Menurutnya, kerajaan ketika ini belum berhasrat untuk melaksanakan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana dikhuatiri memberi kesan lebih meluas kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.<\/p>\n<p>\u201cPendapatan rakyat secara amnya masih belum sesuai untuk menerima impak cukai yang bersifat menyeluruh seperti GST,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan berhubung hala tuju sistem percukaian negara, sama ada perlu kembali kepada GST atau menambah baik SST agar lebih mampan dalam jangka panjang.<\/p>\n<p>Hui Ying menjelaskan, walaupun kerajaan mengiktiraf kelebihan GST, pelaksanaannya memerlukan tempoh persediaan yang panjang.<\/p>\n<p>\u201cJika diperkenalkan semula, ia memerlukan masa persediaan yang panjang, mungkin sehingga dua tahun, bagi membolehkan syarikat mengemas kini sistem masing-masing,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Tambah beliau, kerajaan kini sedang meneliti pelbagai faktor sebelum membuat keputusan akhir berkaitan dasar percukaian, termasuk struktur keseluruhan sistem sedia ada, keadaan ekonomi semasa, keperluan hasil negara serta kemampuan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cKami melihat secara menyeluruh agar sistem percukaian yang dilaksana nanti benar-benar kukuh dan adil kepada semua,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan memutuskan untuk mengekalkan struktur Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada dengan beberapa penambahbaikan, bagi memastikan sistem percukaian negara menjadi lebih cekap serta mampu memberi pulangan fiskal yang lebih pantas. Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, pendekatan itu diambil kerana SST bersifat lebih bersasar dan tidak membebankan barangan serta perkhidmatan asas yang sering [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":683,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[483,493,1448,482,481],"authors":[],"class_list":["post-5846","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-cukai","tag-gst","tag-lim-hui-ying","tag-mof","tag-sst"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5846","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5846"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5846\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5847,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5846\/revisions\/5847"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/683"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5846"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5846"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5846"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5846"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}