{"id":5848,"date":"2025-12-09T06:02:11","date_gmt":"2025-12-09T06:02:11","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5848"},"modified":"2025-12-09T06:02:11","modified_gmt":"2025-12-09T06:02:11","slug":"pendakwaan-kes-rasuah-mp-padang-serai-berlaku-semasa-mb-lama-sanusi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pendakwaan-kes-rasuah-mp-padang-serai-berlaku-semasa-mb-lama-sanusi\/","title":{"rendered":"Pendakwaan kes rasuah MP Padang Serai berlaku semasa MB lama: Sanusi"},"content":{"rendered":"<p>Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menafikan sebarang pembabitan dalam Projek Usahasama Ternakan Lembu Pedaging Secara Fidlot yang dikaitkan dengan kes rasuah, dengan menegaskan projek itu berlaku sebelum beliau memegang jawatan tersebut.<\/p>\n<p>Beliau berkata, projek berkenaan dirancang pada 2020 ketika Kedah diterajui Mukhriz Mahathir, manakala Ahli Parlimen Padang Serai, Azman Nasruddin merupakan antara anggota EXCO kerajaan negeri pada waktu itu.<\/p>\n<p>\u201cSaya tak tahu, itu zaman sebelum saya jadi Menteri Besar. Saya pun hanya tahu melalui laporan media. Yang bagi orang lain, yang ambil orang lain, yang kena pun orang lain,\u201d katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Menurut Sanusi, Azman yang didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam turut mengaitkan pendakwaan itu dengan motif politik melalui sidang medianya.<\/p>\n<p>Sanusi turut menjelaskan projek fidlot berkenaan sepatutnya berada di bawah kendalian Kedah Agro Holding Berhad (KAHB), namun operasi syarikat itu telah dihentikan tahun lalu.<\/p>\n<p>\u201cKedah Agro sudah ditutup. Bila tutup maknanya tak ada lagi aktiviti, tutup buku. Kita laksanakan Skim Pemisahan Sukarela dan hentikan operasi. Sekarang syarikat swasta ambil alih tanpa pembabitan kerajaan negeri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan kes itu adalah kes lama yang berlaku sebelum 2020 dan melibatkan pentadbiran serta barisan EXCO yang berbeza.<\/p>\n<p>Semalam, Azman bersama seorang ahli perniagaan, Amar Assuat Abu Bakar, didakwa atas tuduhan rasuah berkaitan projek usahasama ternakan lembu di Ladang Fidlot Kedah Agro.<\/p>\n<p>Mengikut pertuduhan, Azman didakwa bersubahat untuk menerima RM400,000 sebagai dorongan meluluskan projek daripada Kedah Agro Holding Berhad pada 23 Jun 2020 di Bandar Baru Bangi. Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menafikan sebarang pembabitan dalam Projek Usahasama Ternakan Lembu Pedaging Secara Fidlot yang dikaitkan dengan kes rasuah, dengan menegaskan projek itu berlaku sebelum beliau memegang jawatan tersebut. Beliau berkata, projek berkenaan dirancang pada 2020 ketika Kedah diterajui Mukhriz Mahathir, manakala Ahli Parlimen Padang Serai, Azman Nasruddin merupakan antara anggota [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2887,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2627,125,408,2626,24,124,21],"authors":[],"class_list":["post-5848","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-azman-nasrudin","tag-kedah","tag-menteri-besar","tag-padang-serai","tag-rasuah","tag-sanusi","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5848","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5848"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5848\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5849,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5848\/revisions\/5849"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2887"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5848"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5848"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5848"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5848"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}