{"id":5869,"date":"2025-12-10T06:46:10","date_gmt":"2025-12-10T06:46:10","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5869"},"modified":"2025-12-10T06:46:10","modified_gmt":"2025-12-10T06:46:10","slug":"sidang-dun-melaka-kecoh-isu-dakwaan-hubungan-sulit-dengan-isteri-orang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sidang-dun-melaka-kecoh-isu-dakwaan-hubungan-sulit-dengan-isteri-orang\/","title":{"rendered":"Sidang DUN Melaka kecoh isu dakwaan hubungan sulit dengan isteri orang"},"content":{"rendered":"<p>Suasana Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka menjadi tegang pada hari terakhir persidangan apabila wakil pembangkang membangkitkan dakwaan berhubung seorang ADUN kerajaan yang didakwa mempunyai hubungan dengan isteri orang, seperti yang tular di media sosial.<\/p>\n<p>Isu itu dicetuskan oleh Muhammad Jailani Khamis (PN-Rembia) ketika sesi ucapan penangguhan, sekali gus mencetuskan perang mulut dalam dewan.<\/p>\n<p>Beberapa ADUN kerajaan bangkit membantah, malah ada yang mencadangkan tindakan tegas diambil kerana dakwaan itu disifatkan melanggar peraturan mesyuarat.<\/p>\n<p>Timbalan Speaker, Kerk Chee Yee, kemudian menguatkuasakan Peraturan Mesyuarat 20(1)(m)(1) terhadap Muhammad Jailani atas alasan membuat sangkaan jahat serta tuduhan peribadi terhadap ahli dewan lain.<\/p>\n<p>Kekecohan bermula apabila beliau merujuk kepada satu laporan polis yang didakwa dibuat oleh seorang lelaki, dipercayai suami kepada wanita terbabit, yang menuduh seorang ADUN mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.<\/p>\n<p>Exco Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh (BN-Merlimau), bangun membidas dakwaan itu dan mempersoalkan motif Muhammad Jailani.<\/p>\n<p>\u201cSepatutnya beliau bangkitkan isu rakyat di Rembia, bukan perkara yang tidak masuk akal. Kalau nak bangkitkan isu, bawa perkara yang rakyat mahu dengar, bukan isu remeh yang menyentuh peribadi orang lain,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mohd Noor Helmy Abdul Halim (BN-Duyong) turut mencelah dan memaklumkan bahawa wanita yang dikaitkan dalam dakwaan itu telah membuat laporan polis bagi menafikan tuduhan berkenaan, selain memaklumkan kes tersebut sedang dalam prosiding mahkamah.<\/p>\n<p>\u201cBeliau melanggar peraturan kerana membangkitkan perkara yang sedang dalam mahkamah dan membuat tuduhan tanpa asas. Kalau mahu bawa isu, pastikan ia berfakta, bukan ikut suka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beberapa ADUN kerajaan lain turut menyertai perbahasan mempertahankan pendirian blok kerajaan.<\/p>\n<p>Susulan itu, Chee Yee membuat keputusan menghentikan ucapan Muhammad Jailani serta-merta sebelum sidang diteruskan dengan ucapan penangguhan oleh Siti Faizah Abd Azis (BN-Sungai Rambai).<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suasana Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka menjadi tegang pada hari terakhir persidangan apabila wakil pembangkang membangkitkan dakwaan berhubung seorang ADUN kerajaan yang didakwa mempunyai hubungan dengan isteri orang, seperti yang tular di media sosial. Isu itu dicetuskan oleh Muhammad Jailani Khamis (PN-Rembia) ketika sesi ucapan penangguhan, sekali gus mencetuskan perang mulut dalam dewan. Beberapa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5870,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[409,2656,192,2657,230],"authors":[],"class_list":["post-5869","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dun","tag-isteri-orang","tag-melaka","tag-muhammad-jailani-khamis","tag-skandal"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5869","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5869"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5869\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5871,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5869\/revisions\/5871"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5870"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5869"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5869"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5869"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5869"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}