{"id":5872,"date":"2025-12-10T06:53:10","date_gmt":"2025-12-10T06:53:10","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5872"},"modified":"2025-12-10T06:54:24","modified_gmt":"2025-12-10T06:54:24","slug":"mca-perlu-cermin-diri-jangan-persoal-pas-annuar-musa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mca-perlu-cermin-diri-jangan-persoal-pas-annuar-musa\/","title":{"rendered":"MCA perlu cermin diri, jangan persoal PAS: Annuar Musa"},"content":{"rendered":"<p>MCA disaran melakukan perubahan terhadap diri sendiri sebelum mempersoalkan pendekatan PAS, kata Annuar Musa susulan pendirian parti itu yang menolak penyertaan dalam Perikatan Nasional (PN) selagi PAS tidak mengubah pendekatannya.<\/p>\n<p>Menurut Annuar yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu, kenyataan Presiden MCA, Wee Ka Siong menunjukkan parti berkenaan masih gagal memahami rakan politiknya walaupun telah puluhan tahun bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN).<\/p>\n<p>\u201cMCA tak sertai PN kecuali PAS berubah? Nampaknya MCA memerlukan masa lebih lama setelah puluhan tahun gagal memahami UMNO dan Barisan Nasional yang mereka sertai,\u201d katanya dalam satu kenyataan media.<\/p>\n<p>Beliau mempersoalkan keupayaan MCA untuk melakukan perubahan dalaman apabila mendakwa parti itu juga gagal mempengaruhi UMNO sepanjang berada dalam gabungan sama.<\/p>\n<p>\u201cMereka gagal mengubah UMNO? Atau sebenarnya MCA sendiri yang belum berkeupayaan mengubah diri mereka sendiri,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Annuar menegaskan masalah utama MCA bukan berpunca daripada masyarakat Cina, sebaliknya berpunca daripada kelemahan dalaman parti itu sendiri.<\/p>\n<p>\u201cMasalah MCA bukan masalah masyarakat Cina, tetapi masalah mereka sendiri. Mungkin setelah MCA berjaya membebaskan diri mereka dari UMNO, MCA akan belajar pula mengenali PAS,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau membuat kenyataan itu sebagai reaksi terhadap pandangan Ka Siong yang menyatakan MCA sukar menyertai PN kerana masyarakat Cina didakwa susah menerima ideologi PAS, selain mengkritik beberapa kenyataan pemimpin parti berkenaan sebagai terlalu konservatif dan sensitif dari sudut agama.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Annuar menegaskan PAS tidak perlu mengubah dasar perjuangannya kerana asasnya berpandukan ajaran Islam, namun pendekatannya bersifat fleksibel mengikut keperluan semasa.<\/p>\n<p>\u201cPas tidak perlu mengubah dasar, kerana Islam bukan ciptaan PAS. Tetapi pendekatan PAS sentiasa dinamik kerana situasi sentiasa berubah, asal tidak lari daripada perintah Pencipta,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengajak MCA untuk lebih kerap mengadakan dialog dengan PAS bagi meningkatkan kefahaman antara kedua-dua parti, sambil menyifatkan penerimaan pengundi di Sabah terhadap PAS pada pilihan raya negeri lalu sebagai bukti parti itu mampu diterima merentas kaum.<\/p>\n<p>\u201cJika rakyat Sabah sudah mula memahami dan menerima PAS, tidak sukar untuk MCA turut mengenali PAS,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MCA disaran melakukan perubahan terhadap diri sendiri sebelum mempersoalkan pendekatan PAS, kata Annuar Musa susulan pendirian parti itu yang menolak penyertaan dalam Perikatan Nasional (PN) selagi PAS tidak mengubah pendekatannya. Menurut Annuar yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu, kenyataan Presiden MCA, Wee Ka Siong menunjukkan parti berkenaan masih gagal memahami rakan politiknya walaupun telah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5873,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[433,180,126,541,8,468],"authors":[],"class_list":["post-5872","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-annuar-musa","tag-mca","tag-pas","tag-perikatan-nasional","tag-rafizi","tag-wee-ka-siong"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5872","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5872"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5872\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5875,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5872\/revisions\/5875"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5873"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5872"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5872"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5872"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5872"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}