{"id":5882,"date":"2025-12-10T08:31:15","date_gmt":"2025-12-10T08:31:15","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5882"},"modified":"2025-12-10T08:32:37","modified_gmt":"2025-12-10T08:32:37","slug":"mahkamah-di-paris-batal-tuntutan-waris-sulu-as14-9-bilion-terhadap-kerajaan-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mahkamah-di-paris-batal-tuntutan-waris-sulu-as14-9-bilion-terhadap-kerajaan-malaysia\/","title":{"rendered":"Mahkamah di Paris batal tuntutan waris Sulu AS$14.9 bilion terhadap kerajaan Malaysia"},"content":{"rendered":"<p>Mahkamah Rayuan Paris membatalkan sepenuhnya Award Akhir berjumlah AS$14.9 bilion yang sebelum ini dikeluarkan penimbang tara, Gonzalo Stampa, dalam kes tuntutan kumpulan yang mendakwa sebagai waris Sulu.<\/p>\n<p>Dalam keputusan terbaharu itu, mahkamah turut mengarahkan pihak penuntut membayar kos perbicaraan sebanyak EUR200,000 (RM957,140) kepada Malaysia.<\/p>\n<p>Sekretariat Khas Bilik Gerakan Sulu memaklumkan keputusan tersebut diterima kerajaan Malaysia malam tadi dan menyifatkannya sebagai kemenangan penting.<\/p>\n<p>Sekretariat itu berkata mahkamah memutuskan Stampa tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan Award Akhir berkenaan kerana tiada perjanjian timbang tara yang sah dan mengikat Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cMalaysia percaya kemenangan ini akan menamatkan semua cubaan tidak berasas oleh pihak yang mendakwa sebagai penuntut Sulu dan penaja litigasi mereka untuk memeras wang serta aset daripada rakyat Malaysia,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>\u201cWalau bagaimanapun, Malaysia kekal bersedia untuk mempertahankan kedudukannya di mana-mana mahkamah sekiranya tuntutan ini diteruskan,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, pada 6 Jun 2023, Mahkamah Rayuan Paris juga telah menolak pengiktirafan serta penguatkuasaan Award Separa yang kononnya dikeluarkan pada 25 Mei 2020.<\/p>\n<p>Pada 6 November 2024 pula, Mahkamah Agung Perancis menolak cabaran difailkan pihak yang mendakwa sebagai waris Sulu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Paris.<\/p>\n<p>Sekretariat itu menegaskan kerajaan Malaysia terus komited mempertahankan kedaulatan, kekebalan dan kepentingan nasional daripada tuntutan yang dianggap tidak berasas.<\/p>\n<p>Di Sepanyol, Mahkamah Agung negara itu pada 16 Oktober lalu menolak rayuan Stampa dan mengekalkan sabitan atas kesalahan menghina mahkamah, sekali gus menamatkan prosiding jenayah terhadapnya.<\/p>\n<p>Sebelum itu, Mahkamah Jenayah Madrid pada 22 Disember 2023 telah menjatuhkan sabitan serupa berkaitan tindakan Stampa dalam kes ini.<\/p>\n<p>Stampa pada asalnya dilantik sebagai penimbang tara oleh sebuah mahkamah di Madrid pada Mac 2019, sebelum pelantikannya dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Keadilan Madrid pada 2021, sekali gus menjadikan keseluruhan proses timbang tara itu tidak sah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mahkamah Rayuan Paris membatalkan sepenuhnya Award Akhir berjumlah AS$14.9 bilion yang sebelum ini dikeluarkan penimbang tara, Gonzalo Stampa, dalam kes tuntutan kumpulan yang mendakwa sebagai waris Sulu. Dalam keputusan terbaharu itu, mahkamah turut mengarahkan pihak penuntut membayar kos perbicaraan sebanyak EUR200,000 (RM957,140) kepada Malaysia. Sekretariat Khas Bilik Gerakan Sulu memaklumkan keputusan tersebut diterima kerajaan Malaysia [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2626,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2664,58,2665,38,2662,2663],"authors":[],"class_list":["post-5882","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-gonzalo-stampa","tag-mahkamah","tag-mahkamah-agung-perancis","tag-malaysia","tag-paris","tag-waris-sulu"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5882","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5882"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5882\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5883,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5882\/revisions\/5883"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2626"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5882"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5882"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5882"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5882"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}