{"id":5886,"date":"2025-12-10T08:40:31","date_gmt":"2025-12-10T08:40:31","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5886"},"modified":"2025-12-10T08:40:31","modified_gmt":"2025-12-10T08:40:31","slug":"sprm-mohon-lucut-harta-keluarga-daim-mahkamah-sekat-dedah-butiran","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sprm-mohon-lucut-harta-keluarga-daim-mahkamah-sekat-dedah-butiran\/","title":{"rendered":"SPRM mohon lucut harta keluarga Daim, mahkamah sekat dedah butiran"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan permohonan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk melucut hak harta milik keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, mahkamah membenarkan perintah larangan sementara bagi menghalang pendedahan butiran sensitif berhubung pihak terlibat dan aset terbabit selepas peguam Nizamuddin Abdul Hamid, yang mewakili responden, memohon supaya identiti individu, nombor akaun bank serta maklumat peribadi lain tidak didedahkan kepada umum.<\/p>\n<p>Permohonan itu tidak dibantah oleh pihak Pendakwa Raya yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, M Esther Jacyntha.<\/p>\n<p>\u201cMaklumat terbabit tidak boleh didedahkan, bukan mengenai prosiding, tetapi membabitkan hak peribadi anak guam kami berkaitan maklumat sensitif,\u201d kata Nizamuddin dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Pendakwa Raya melalui notis permohonan difailkan pada 28 November lalu memohon perintah mahkamah untuk melucut hak harta yang telah disita, walaupun tiada pendakwaan jenayah difailkan.<\/p>\n<p>Permohonan itu dibuat bawah Seksyen 41 Akta SPRM, dibaca bersama Seksyen 376 Kanun Tatacara Jenayah.<\/p>\n<p>Mahkamah juga dimohon supaya perintah itu disiarkan dalam Warta bagi memanggil mana-mana pihak berkepentingan hadir dan memberikan sebab mengapa harta berkenaan tidak wajar dilucut hak.<\/p>\n<p>Permohonan itu menyatakan bahawa aset terbabit dikaitkan dengan kesalahan bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM, iaitu kegagalan mematuhi notis pengisytiharan harta.<\/p>\n<p>Hakim Rosli Ahmad membenarkan perintah larangan bersuara dan menetapkan 4 Februari depan sebagai tarikh sebutan untuk prosiding pihak ketiga berkepentingan.<\/p>\n<p>Dalam kenyataan media, Nizamuddin mempersoalkan tindakan SPRM yang disifatkannya tidak menyatakan kesalahan khusus selain isu pematuhan prosedur.<\/p>\n<p>\u201cSiasatan bermula sejak Februari 2023 dan selepas hampir tiga tahun, tiada kejelasan diberikan kepada anak guam kami,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mendakwa tindakan berterusan itu menimbulkan kebimbangan terhadap pematuhan kedaulatan undang-undang.<\/p>\n<p>\u201cSPRM perlu menjalankan kuasa mengikut undang-undang dan tidak menindas. Anak guam kami berharap mereka tidak terus menjadi sasaran salah guna kuasa,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan permohonan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk melucut hak harta milik keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin. Bagaimanapun, mahkamah membenarkan perintah larangan sementara bagi menghalang pendedahan butiran sensitif berhubung pihak terlibat dan aset terbabit selepas peguam Nizamuddin Abdul Hamid, yang mewakili responden, memohon supaya identiti individu, nombor akaun bank serta [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":562,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[333,314,775,24,21,332],"authors":[],"class_list":["post-5886","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-harta","tag-kes","tag-lucuthak","tag-rasuah","tag-sprm","tag-tun-daim"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5886","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5886"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5886\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5887,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5886\/revisions\/5887"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/562"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5886"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5886"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5886"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5886"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}