{"id":5888,"date":"2025-12-11T03:11:58","date_gmt":"2025-12-11T03:11:58","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5888"},"modified":"2025-12-11T03:11:58","modified_gmt":"2025-12-11T03:11:58","slug":"akmal-gesa-pmx-tolak-pengiktirafan-uec-jangan-tunduk-desakan-dap","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/akmal-gesa-pmx-tolak-pengiktirafan-uec-jangan-tunduk-desakan-dap\/","title":{"rendered":"Akmal gesa PMX tolak pengiktirafan UEC, jangan tunduk desakan DAP"},"content":{"rendered":"<p>Desakan DAP agar kerajaan mempercepatkan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) terus menerima tentangan apabila Ketua Pemuda UMNO, Akmal Saleh tampil menegaskan langkah itu tidak wajar dipertimbangkan.<\/p>\n<p>Gesaan terbaru itu dibuat susulan kenyataan Naib Presidennya, Nga Kor Ming bahawa DAP akan mengatur pertemuan dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bagi membincangkan isu berkenaan.<\/p>\n<p>Namun, Akmal membalas dengan nada tegas, menyifatkan permintaan itu tidak selari dengan dasar pendidikan negara.<\/p>\n<p>\u201cKepada PMX, saya rayu sangat janganlah kita nak mengiktiraf UEC ni,\u201d katanya dalam hantaran di akaun Facebook.<\/p>\n<p>Akmal menegaskan sistem peperiksaan itu tidak memenuhi tiga prinsip asas pendidikan kebangsaan.<\/p>\n<p>\u201cPertama, guna Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar; kedua, ikut kurikulum kebangsaan; dan ketiga, duduki peperiksaan yang sama. UEC langsung tak lepas tiga-tiga syarat ni,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Akmal turut mengingatkan UEC sebenarnya sudah diberi ruang luas dalam beberapa aspek sejak dahulu.<\/p>\n<p>Beliau merujuk kepada keputusan pada 1975 yang membenarkan peperiksaan itu diteruskan, selain kelonggaran sejak 2004 yang membolehkan institusi pengajian tinggi swasta menerima pemegang UEC.<\/p>\n<p>Katanya lagi, UEC turut diterima untuk kemasukan ke program pendidikan Bahasa Cina sejak 2010, serta bidang undang-undang sejak 2019.<\/p>\n<p>Dalam kenyataan yang lebih keras, Akmal mempersoalkan pemahaman Kor Ming terhadap konteks sistem pendidikan negara.<\/p>\n<p>\u201cSaya nak tanya, kamu tahu tak Malaysia saja dalam dunia yang ada sistem pendidikan vernakular? Cuba tengok Singapura, ada ke mereka iktiraf sistem lain daripada sistem kebangsaan mereka? Jawapannya tidak,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kenyataan Kor ming sebelum ini turut mencetuskan reaksi panas di media sosial Melayu, dengan dakwaan kononnya DAP sedang menekan Anwar dalam isu sensitif itu.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung DAP Anthony Loke kemudian cuba memperbetulkan naratif mengenai UEC sebagai sesuatu yang melengkapi usaha memartabatkan bahasa Melayu.<\/p>\n<p>Dalam satu wawancara, Loke berkata kerajaan dijangka memperkenalkan dasar baru dalam tempoh enam bulan yang turut melibatkan penilaian UEC.<\/p>\n<p>\u201cIa akan melengkapi usaha memartabatkan bahasa kebangsaan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Desakan DAP agar kerajaan mempercepatkan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) terus menerima tentangan apabila Ketua Pemuda UMNO, Akmal Saleh tampil menegaskan langkah itu tidak wajar dipertimbangkan. Gesaan terbaru itu dibuat susulan kenyataan Naib Presidennya, Nga Kor Ming bahawa DAP akan mengatur pertemuan dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bagi membincangkan isu berkenaan. Namun, Akmal membalas dengan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":203,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[170,63,1189,171,18,2666,146],"authors":[],"class_list":["post-5888","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar-ibrahim","tag-dap","tag-dr-akmal-saleh","tag-pemuda","tag-pmx","tag-uec","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5888","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5888"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5888\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5889,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5888\/revisions\/5889"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/203"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5888"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5888"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5888"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5888"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}