{"id":589,"date":"2025-06-04T05:07:55","date_gmt":"2025-06-04T05:07:55","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=589"},"modified":"2025-06-04T05:07:55","modified_gmt":"2025-06-04T05:07:55","slug":"balu-daim-terkejut-aset-dibeku-tahu-menerusi-media-sahaja","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/balu-daim-terkejut-aset-dibeku-tahu-menerusi-media-sahaja\/","title":{"rendered":"Balu Daim terkejut aset dibeku, tahu menerusi media sahaja"},"content":{"rendered":"<p>Balu Allahyarham Tun Daim Zainuddin terkejut sebaik mengetahui tindakan pembekuan aset dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan hanya tahu mengenainya melalui laporan media.<\/p>\n<p>Toh Puan Na\u2019imah Khalid menyifatkan tindakan agensi tersebut sebagai pencabulan hak asasi dan perundangan serta bermotifkan politik dendam.<\/p>\n<p>\u201cIni merupakan satu pencabulan mengejut terhadap norma undang-undang yang paling asas. Penyitaan harta oleh kerajaan tanpa sebarang notis kepada pemilik yang sah merupakan satu duluan yang berbahaya.<\/p>\n<p>\u201cBagaimana SPRM boleh memperoleh perintah pembekuan secara \u2018ex parte\u2019 tanpa kehadiran atau pengetahuan pihak kami. Ini adalah satu tindakan secara serang hendap yang jelas tidak selaras dengan prinsip keadilan.<\/p>\n<p>\u201cSaya sepatutnya dibenarkan untuk menyatakan pembelaan saya di mahkamah. Mereka memperoleh perintah tersebut secara rahsia, di sebalik pintu tertutup. Tiada peruntukan undang-undang membenarkan permohonan seperti ini.<\/p>\n<p>\u201dKini mereka bersembunyi di sebalik selimut legaliti untuk menjustifikasikan sesuatu yang jelas merupakan satu bentuk pencurian oleh institusi kerajaan,\u201d katanya menerusi kenyatan hari ini.<\/p>\n<p>Na\u2019imah mengulas permohonan SPRM untuk membekukan aset bernilai 132 juta pound sterling (RM758.2 juta) yang dibenarkan Mahkamah Tinggi, di sini, mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).<\/p>\n<p>Tujuh aset yang dibekukan kesemuanya di London ialah dua bangunan komersial, lima kediaman mewah dan satu akaun bank sementara, akaun bank itu berdaftar atas nama Yayasan Ilham.<\/p>\n<p>Difahamkan perintah mahkamah itu akan dihantar kepada pihak berkuasa United Kingdom untuk pelaksanaan pembekuan aset berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cTaktik-taktik ini adalah akibat langsung daripada kempen pemburukkan panjang dan berterusan terhadap Tun Daim dan keluarga saya.<\/p>\n<p>\u201cApa yang lebih membimbangkan, tiada sebarang kesalahan jenayah pernah dibuktikan terhadap Daim semasa hayatnya, mahupun selepas kematiannya,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau juga menegaskan perintah pembekuan itu diperoleh di bawah AMLA yang mensyaratkan wujudnya kesalahan serius untuk sebarang tindakan pembekuan.<\/p>\n<p>Namun dakwanya, setakat ini tidak ada sebarang pertuduhan pernah dikenakan terhadap beliau mahupun arwah suaminya.<\/p>\n<p>\u201cAdakah khabar angin, syak wasangka dan dendam politik kini mencukupi untuk merampas aset rakyat?\u201d soal beliau.<\/p>\n<p>Beliau memaklumkan bahawa peguamnya akan memfailkan cabaran undang-undang bagi membatalkan perintah pembekuan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cSaya akan mencabar perintah ini untuk mempertahankan hak yang tidak sepatutnya dirampas daripada mana-mana rakyat Malaysia. Ini adalah soal mempertahankan negara yang ditadbir oleh undang-undang, bukan ketakutan.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak akan tunduk kepada pembuli. Kebenaran dan keadilan akan menang, kepada mereka yang menyalahgunakan kuasa, ingatlah Surah Ash Shura, ayat 42-43,\u201d ujar beliau.<\/p>\n<p>Satu daripada bangunan komersial itu terletak di St Mary Axe, London yang dibeli pada Julai 2013 pada harga 23.7 juta pound sterling (RM136.2 juta) sementara satu lagi di One Crown Court, Cheapside London yang dibeli pada harga 31.5 juta pound sterling (RM181 juta) pada Oktober 2014.<\/p>\n<p>Hartanah lain ialah tiga kediaman mewah yang mana dua daripadanya beralamat di Bryanston Square dan Bryanston Mews dibeli pada 8 Januari 2021 pada harga 37.8 juta pound sterling (RM217.3 juta) dan sebuah lagi beralamat di Lancaster Gate, London dibeli pada 8 Januari 2021 pada harga 31.2 juta pound sterling (RM179.4 juta).<\/p>\n<p>Turut dibekukan, dua kediaman di Gloucester Place yang dibeli pada 8 Januari 2021 pada harga 8.1 juta pound sterling (RM46.5 juta).<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Balu Allahyarham Tun Daim Zainuddin terkejut sebaik mengetahui tindakan pembekuan aset dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan hanya tahu mengenainya melalui laporan media. Toh Puan Na\u2019imah Khalid menyifatkan tindakan agensi tersebut sebagai pencabulan hak asasi dan perundangan serta bermotifkan politik dendam. \u201cIni merupakan satu pencabulan mengejut terhadap norma undang-undang yang paling asas. Penyitaan harta [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":562,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[334,400,256,21,417],"authors":[],"class_list":["post-589","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-aset","tag-beku","tag-daim","tag-sprm","tag-toh-puan-naimah-khalid"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/589","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=589"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/589\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":590,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/589\/revisions\/590"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/562"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=589"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=589"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=589"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=589"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}