{"id":5905,"date":"2025-12-11T07:20:01","date_gmt":"2025-12-11T07:20:01","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5905"},"modified":"2025-12-11T07:20:01","modified_gmt":"2025-12-11T07:20:01","slug":"pendakwaan-bantah-permohonan-abu-sahid-dapatkan-semula-pasport","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pendakwaan-bantah-permohonan-abu-sahid-dapatkan-semula-pasport\/","title":{"rendered":"Pendakwaan bantah permohonan Abu Sahid dapatkan semula pasport"},"content":{"rendered":"<p>Pihak pendakwaan akan membantah permohonan Abu Sahid Mohamed untuk mendapatkan pasport bagi menghantar anak perempuannya ke universiti di London pada Januari depan.<\/p>\n<p>Timbalan Pendakwa Raya, Aznika Mohd Anas memaklumkan kepada mahkamah notis permohonan itu diterima semalam dan pihaknya akan memfailkan afidavit esok.<\/p>\n<p>\u201cKami akan membantah permohonan tersebut dan mohon tarikh pendengaran ditetapkan,\u201d katanya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussin.<\/p>\n<p>Peguam Jasbeer Singh, yang mewakili Abu Sahid, memaklumkan bahawa pihaknya akan memfailkan afidavit balasan pada Isnin dan memohon agar pendengaran dijalankan pada 17 Disember.<\/p>\n<p>\u201cKami juga mohon supaya kehadiran Abu Sahid dikecualikan pada tarikh itu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mahkamah kemudian menetapkan 17 Disember sebagai tarikh pendengaran permohonan.<\/p>\n<p>Abu Sahid berdepan lima pertuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM458.5 juta ketika memegang amanah sebagai Pengarah Maju Holdings Sdn Bhd. Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 3 Mei 2016 hingga 21 Oktober 2019 di dua cawangan bank di Taman Tunku dan Taman Serdang Perdana.<\/p>\n<p>Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, sebatan dan denda jika disabitkan.<\/p>\n<p>Selain itu, beliau turut didakwa dengan 10 pertuduhan memindahkan wang hasil aktiviti haram berjumlah RM116.4 juta kepada beberapa individu dan syarikat pembinaan.<\/p>\n<p>Bagi tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram, Abu Sahid didakwa melupuskan wang berjumlah RM22.8 juta melalui pengeluaran tunai menggunakan 15 keping cek antara Mei 2016 dan September 2018.<\/p>\n<p>Kes itu dikendalikan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda lima kali ganda nilai wang terlibat jika sabit kesalahan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pihak pendakwaan akan membantah permohonan Abu Sahid Mohamed untuk mendapatkan pasport bagi menghantar anak perempuannya ke universiti di London pada Januari depan. Timbalan Pendakwa Raya, Aznika Mohd Anas memaklumkan kepada mahkamah notis permohonan itu diterima semalam dan pihaknya akan memfailkan afidavit esok. \u201cKami akan membantah permohonan tersebut dan mohon tarikh pendengaran ditetapkan,\u201d katanya di hadapan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3138,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1824,58,1615,1616,512,24,21],"authors":[],"class_list":["post-5905","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-abu-sahid-mohamed","tag-mahkamah","tag-maju-holdings","tag-mex-ii","tag-pendakwaan","tag-rasuah","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5905","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5905"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5905\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5906,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5905\/revisions\/5906"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3138"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5905"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5905"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5905"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5905"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}