{"id":5909,"date":"2025-12-11T07:36:45","date_gmt":"2025-12-11T07:36:45","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5909"},"modified":"2025-12-11T07:36:45","modified_gmt":"2025-12-11T07:36:45","slug":"dap-bidas-akmal-guna-naratif-palsu-isu-uec","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dap-bidas-akmal-guna-naratif-palsu-isu-uec\/","title":{"rendered":"DAP bidas Akmal guna naratif palsu isu UEC"},"content":{"rendered":"<p>Pengarah Pendidikan Politik DAP, Howard Lee menegur Dr Akmal Saleh, yang disifatkannya menggunakan taktik \u201cpolitik ketakutan\u201d serta memutar belit fakta dalam isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).<\/p>\n<p>Howard yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor berkata tindakan Ketua Pemuda UMNO itu menunjukkan \u201ckejahilan nyata\u201d mengenai sistem pendidikan pelbagai aliran yang diamalkan di banyak negara.<\/p>\n<p>\u201cKenyataan Akmal bukan saja jahil, tetapi naratif palsu yang sengaja diulang untuk mencetuskan perseteruan sosial,\u201d katanya dalam kenyataan balas.<\/p>\n<p>Beliau berkata dakwaan Akmal \u201ctiada negara yang mengiktiraf pendidikan pelbagai aliran\u201d adalah jauh tersasar.<\/p>\n<p>Menurutnya, sistem pendidikan berasaskan bahasa ibunda wujud di Switzerland, Filipina, India, Kanada, Guatemala dan beberapa negara Eropah.<\/p>\n<p>\u201cIni bukan pengecualian, tapi arus perdana pendidikan global,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Howard menambah Unesco sendiri menyokong pendidikan pelbagai bahasa kerana terbukti membantu prestasi akademik, perkembangan kognitif dan integrasi sosial.<\/p>\n<p>\u201cDakwaan hanya Malaysia membenarkan pendidikan bahasa ibunda bukan saja salah, malah menunjukkan kurangnya pemikiran rasional,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan UEC sudah lama diiktiraf lebih 300 universiti antarabangsa termasuk Oxford, Cambridge, Melbourne, Universiti Nasional Singapura serta universiti terkemuka di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan Korea Selatan.<\/p>\n<p>\u201cUniversiti terbaik dunia terima UEC sebagai sah dan berwibawa. Tapi Akmal kata UEC tak memuaskan. Jadi masalahnya pada UEC atau pada dia? Jawapan tu jelas,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu UEC kembali panas selepas kenyataan Naib Presiden DAP, Nga Kor Ming baru-baru ini yang disalah tafsir sebagai tekanan terhadap Perdana Menteri, mencetuskan kecaman di media sosial.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke kemudian menjelaskan UEC bersifat melengkapi usaha memartabatkan bahasa Melayu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pengarah Pendidikan Politik DAP, Howard Lee menegur Dr Akmal Saleh, yang disifatkannya menggunakan taktik \u201cpolitik ketakutan\u201d serta memutar belit fakta dalam isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). Howard yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor berkata tindakan Ketua Pemuda UMNO itu menunjukkan \u201ckejahilan nyata\u201d mengenai sistem pendidikan pelbagai aliran yang diamalkan di banyak negara. \u201cKenyataan Akmal [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5910,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[120,63,2674,171,2666,146],"authors":[],"class_list":["post-5909","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-akmal-saleh","tag-dap","tag-howard-lee","tag-pemuda","tag-uec","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5909","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5909"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5909\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5911,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5909\/revisions\/5911"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5910"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5909"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5909"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5909"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5909"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}