{"id":5918,"date":"2025-12-12T01:57:24","date_gmt":"2025-12-12T01:57:24","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5918"},"modified":"2025-12-12T01:57:24","modified_gmt":"2025-12-12T01:57:24","slug":"uec-perlu-selari-aspirasi-nasional-sebelum-diiktiraf-tok-mat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/uec-perlu-selari-aspirasi-nasional-sebelum-diiktiraf-tok-mat\/","title":{"rendered":"UEC perlu selari aspirasi nasional sebelum diiktiraf: Tok Mat"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan terbuka untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), namun hanya jika sistem itu digubal semula agar selari dengan aspirasi nasional dan dilaksanakan dalam bahasa kebangsaan.<\/p>\n<p>Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan menegaskan kesaksamaan hanya boleh diberi apabila syarat utama itu dipenuhi.<\/p>\n<p>\u201cKalau UEC tak selari dengan nilai dan cita-cita nasional, memang mustahil untuk disetarakan dengan kelayakan negara,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Beliau menambah sebagai sebuah negara berdaulat, sistem pendidikan mesti berpaksikan identiti kebangsaan.<\/p>\n<p>Mohamad turut menekankan UEC hanya boleh bergerak ke arah pengiktirafan jika ada langkah mereformasi kurikulumnya.<\/p>\n<p>\u201cSelagi tiada usaha harmonikan UEC dengan aspirasi nasional, ia kekal sebagai sistem berasingan yang tak boleh diiktiraf secara rasmi,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Isu UEC kembali menjadi tumpuan selepas Ketua Pemuda UMNO, Akmal Saleh, membidas kenyataan pimpinan DAP termasuk Nga Kor Ming yang menyatakan hasrat untuk membincangkan pengiktirafan UEC bersama Perdana Menteri.<\/p>\n<p>Reaksi itu mencetus semula perdebatan lama mengenai kedudukan UEC dalam landskap pendidikan negara.<\/p>\n<p>Menurut Mohamad, membina perpaduan nasional bukan proses mudah, terutama dalam negara berbilang kaum. Justeru, beliau percaya pendidikan dalam bahasa kebangsaan ialah asas paling kukuh untuk membentuk identiti bersama.<\/p>\n<p>\u201cKurikulum negara mesti berpaksikan kearifan tempatan tetapi tetap selari dengan standard global. Kita kena kekal relevan tanpa hilang akar,\u201d katanya, memberi penekanan bahawa keseimbangan antara identiti dan kemajuan adalah kunci masa depan pendidikan Malaysia.<\/p>\n<p>Beliau turut menjelaskan kerajaan tidak pernah menghalang UEC, yang telah wujud sejak 1975 di bawah Dong Zong tetapi yang menjadi perdebatan hanyalah pengiktirafan formal.<\/p>\n<p>\u201cPelaksanaan UEC tak pernah jadi masalah. Yang dipersoal hanyalah pengiktirafan kerana ia tak dibina untuk memupuk identiti pendidikan nasional,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mohamad juga mengingatkan supaya pendidikan tidak dijadikan alat politik kerana ia sepatutnya menjadi ruang penyatuan anak muda.<\/p>\n<p>\u201cSekolah ialah tempat semua bangsa belajar untuk bekerjasama. Jangan rosakkan ruang itu dengan polemik,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Beliau mengakui pemegang UEC tidak berdepan sebarang masalah memasuki banyak universiti dalam dan luar negara.<\/p>\n<p>Namun, katanya, itu tidak bermakna kerajaan wajib menyamaratakan kelayakan tersebut dengan sistem nasional.<\/p>\n<p>\u201cPilihan belajar dalam UEC sentiasa terbuka. Cuma jangan paksa kerajaan mengiktiraf sesuatu yang belum harmoni dengan identiti negara,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan terbuka untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), namun hanya jika sistem itu digubal semula agar selari dengan aspirasi nasional dan dilaksanakan dalam bahasa kebangsaan. Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan menegaskan kesaksamaan hanya boleh diberi apabila syarat utama itu dipenuhi. \u201cKalau UEC tak selari dengan nilai dan cita-cita nasional, memang mustahil untuk disetarakan dengan kelayakan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1136,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[63,2676,283,2533,2666,146],"authors":[],"class_list":["post-5918","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dap","tag-iktiraf","tag-mohamad-hasan","tag-peperiksaan","tag-uec","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5918","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5918"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5918\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5919,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5918\/revisions\/5919"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1136"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5918"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5918"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5918"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5918"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}