{"id":5924,"date":"2025-12-12T02:23:23","date_gmt":"2025-12-12T02:23:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5924"},"modified":"2025-12-12T02:23:23","modified_gmt":"2025-12-12T02:23:23","slug":"pemuda-umno-dakwa-dap-main-isu-uec-untuk-pulih-sokongan-kaum-cina","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pemuda-umno-dakwa-dap-main-isu-uec-untuk-pulih-sokongan-kaum-cina\/","title":{"rendered":"Pemuda UMNO dakwa DAP main isu UEC untuk pulih sokongan kaum Cina"},"content":{"rendered":"<p>Tuntutan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang kembali diperkatakan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah didakwa sekadar strategi politik DAP untuk meraih semula sokongan pengundi, terutama selepas kekalahan besar parti itu di semua kerusi ditandingi.<\/p>\n<p>Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin berkata tindakan DAP membangkitkan semula isu tersebut hanya menimbulkan persoalan, lebih-lebih lagi apabila ia tidak dibincangkan lebih awal di peringkat kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cAmat pelik isu sebesar ini hanya muncul selepas PRN. Kalau benar serius, ia sepatutnya dibincang secara dalaman kerana DAP adalah komponen dalam kerajaan dan Kementerian Pendidikan pula dipimpin rakan gabungan mereka,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Hafiz menegaskan UEC bukan isu remeh kerana terdapat kandungan dan silibus yang didakwa tidak seiring dengan Perlembagaan Persekutuan serta Dasar Pendidikan Kebangsaan.<\/p>\n<p>Menurutnya, pengiktirafan tidak boleh dibuat selagi tiada penyelarasan mengikut kehendak sistem pendidikan negara.<\/p>\n<p>Beliau turut mempersoalkan tindakan pemimpin DAP, Nga Kor Ming, yang tiba-tiba mengangkat isu itu selepas keputusan PRN Sabah.<\/p>\n<p>\u201cSaya lihat ini lebih kepada usaha mengembalikan keyakinan pengundi tegar mereka. Ia satu \u2018political stunt\u2019 dan sangat tidak bertanggungjawab,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Hafiz berkata isu tersebut seharusnya dijawab oleh PKR dan Menteri Pendidikan, bukan dibebankan kepada pihak lain.<\/p>\n<p>Menurutnya, pendirian UMNO jelas UEC tidak selaras dengan dasar pendidikan negara.<\/p>\n<p>\u201cKalau UMNO tak setuju sekalipun, tetapi Perdana Menteri, Menteri Pendidikan dan Kabinet setuju, pengiktirafan tetap boleh berlaku. Jadi persoalannya, adakah DAP gagal meyakinkan mereka?\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau berkata persoalan itu perlu dijawab oleh kepimpinan Pakatan Harapan sendiri, memandangkan tuntutan UEC datang daripada parti komponen mereka.<\/p>\n<p>Hafiz menegaskan UMNO akan terus mempertahankan sistem pendidikan kebangsaan yang telah dibina sejak merdeka.<\/p>\n<p>\u201cTanggungjawab membuktikan bahawa UEC sesuai dengan acuan negara bukan pada UMNO. DAP kena selesaikan isu ini dalam rumah mereka dan buktikan UEC boleh diselaraskan serta mematuhi perlembagaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan semua pihak agar tidak meniup sentimen perkauman berhubung perbezaan dasar pendidikan kerana ia hanya akan menjejaskan keharmonian negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tuntutan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang kembali diperkatakan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah didakwa sekadar strategi politik DAP untuk meraih semula sokongan pengundi, terutama selepas kekalahan besar parti itu di semua kerusi ditandingi. Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin berkata tindakan DAP membangkitkan semula isu tersebut hanya menimbulkan persoalan, lebih-lebih lagi apabila ia [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2138,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[63,1188,210,204,1255,103,102,2666],"authors":[],"class_list":["post-5924","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dap","tag-hafiz-ariffin","tag-kalah","tag-nga-kor-ming","tag-pemuda-umno","tag-prn","tag-sabah","tag-uec"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5924","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5924"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5924\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5925,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5924\/revisions\/5925"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2138"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5924"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5924"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5924"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5924"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}