{"id":593,"date":"2025-06-04T10:24:05","date_gmt":"2025-06-04T10:24:05","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=593"},"modified":"2025-06-04T10:24:05","modified_gmt":"2025-06-04T10:24:05","slug":"pmx-hormati-keputusan-mahkamah-nafi-cari-kekebalan-peribadi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pmx-hormati-keputusan-mahkamah-nafi-cari-kekebalan-peribadi\/","title":{"rendered":"PMX hormati keputusan mahkamah, nafi cari kekebalan peribadi"},"content":{"rendered":"<p>Walaupun Mahkamah Tinggi memutuskan menolak permohonan berhubung persoalan Perlembagaan, Anwar Ibrahim berkata tetap menghormati keputusan tersebut dan akan mematuhi proses undang-undang negara.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata permohonan tersebut dibuat melibatkan isu Perlembagaan dan ia bukan bertujuan untuk mendapatkan kekebalan peribadi tetapi bertujuan untuk mendapatkan keadilan daripada sebarang tindakan bermotif politik.<\/p>\n<p>\u201cPetang ini, Mahkamah Tinggi menolak permohonan saya untuk merujuk lapan persoalan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 128(2) Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n<p>\u201cIsu ini tidak pernah berkaitan dengan mencari kekebalan peribadi atau mengelak dari proses undang-undang. Ia menyentuh integriti sistem Perlembagaan kita dan keperluan untuk memastikan jawatan awam tinggi dilindungi daripada litigasi yang mungkin dirancang masanya, didorong oleh motif politik, atau mengganggu institusi.<\/p>\n<p>\u201cSaya tetap beriltizam sepenuhnya dengan kedaulatan undang-undang, kebebasan mahkamah kita, dan maruah pemerintahan demokratik. Proses undang-undang akan berterusan, dan saya akan terus melaksanakan tanggungjawab tanpa gangguan atau kompromi,\u201d kata Anwar dalam kenyataan media hari ini.<\/p>\n<p>Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Anwar untuk menangguhkan prosiding saman sivil yang difailkan Yusoff Rawther.<\/p>\n<p>Dalam penghakimannya, hakim Roz Mawar Rozain menyatakan lapan persoalan perlembagaan yang dikemukakan oleh Anwar untuk dirujuk ke Mahkamah Persekutuan tidak memenuhi tahap kelayakan yang diperlukan.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, hakim memerintahkan agar perbicaraan diteruskan pada 16 Jun ini seperti yang dijadualkan.<\/p>\n<p>Roz Mawar turut memerintahkan Anwar membayar kos sebanyak RM20,000 kepada Yusoff \u2013 yang memulakan tindakan undang-undang tersebut pada 2021.<\/p>\n<p>Menjelaskan keputusan dibuatnya, hakim berkata, dari perspektif kehakiman, persoalan yang dicadangkan pihak Anwar tidak memenuhi ambang kontroversi perlembagaan yang sepatutnya.<\/p>\n<p>\u201cMahkamah ini mesti berpuas hati bahawa persoalan perlembagaan adalah tulen dan material kepada penyelesaian kes ini kerana Mahkamah Persekutuan bukan forum untuk pandangan nasihat spekulatif atau defensif,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Tambah Roz Mawar, mahkamah tinggi hari ini tidak berpuas hati dengan permohonan dikemukakan justeru ia ditolak.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Walaupun Mahkamah Tinggi memutuskan menolak permohonan berhubung persoalan Perlembagaan, Anwar Ibrahim berkata tetap menghormati keputusan tersebut dan akan mematuhi proses undang-undang negara. Perdana Menteri berkata permohonan tersebut dibuat melibatkan isu Perlembagaan dan ia bukan bertujuan untuk mendapatkan kekebalan peribadi tetapi bertujuan untuk mendapatkan keadilan daripada sebarang tindakan bermotif politik. \u201cPetang ini, Mahkamah Tinggi menolak permohonan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":271,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,421,420,423,422,317],"authors":[],"class_list":["post-593","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-kekebalan","tag-mahkamah-tinggi","tag-perlembagaan","tag-semakan","tag-yusoff-rawther"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/593","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=593"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/593\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":594,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/593\/revisions\/594"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/271"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=593"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=593"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=593"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=593"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}