{"id":5930,"date":"2025-12-12T13:10:10","date_gmt":"2025-12-12T13:10:10","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5930"},"modified":"2025-12-12T13:10:10","modified_gmt":"2025-12-12T13:10:10","slug":"bahasa-melayu-tetap-keutamaan-dalam-sebarang-tuntutan-pmx-ulas-isu-uec","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bahasa-melayu-tetap-keutamaan-dalam-sebarang-tuntutan-pmx-ulas-isu-uec\/","title":{"rendered":"Bahasa Melayu tetap keutamaan dalam sebarang tuntutan, PMX ulas isu UEC"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan setiap tuntutan berkaitan bahasa, bangsa atau kaum perlu menghormati kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n<p>Beliau berkata prinsip itu bukan sahaja akan terus dipertahankan, malah mesti dijadikan garis panduan sebelum mana-mana cadangan lain, termasuk pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), dipertimbangkan.<\/p>\n<p>\u201cIni Malaysia, bahasa Melayu ialah bahasa rasmi. Apa pun tuntutan yang datang, kita kena ingat bahasa Melayu harus diangkat sebagai bahasa ilmu untuk semua rakyat,\u201d katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Langkawi hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Anwar, kedudukan bahasa Melayu bukan sekadar simbol nasional, tetapi perlu dimantapkan penguasaannya dalam kalangan rakyat tanpa mengira aliran pendidikan.<\/p>\n<p>\u201cKalau hal asas ini sudah jelas, barulah kita boleh bincang keperluan memperkukuh bahasa lain. Saya setuju tingkatkan penggunaan bahasa Inggeris, tapi penguasaan bahasa Melayu mesti kukuh dulu,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan semua jenis sekolah, termasuk sekolah antarabangsa, wajib memastikan pelajar menguasai bahasa Melayu.<\/p>\n<p>\u201cTak kisah aliran Cina, Tamil atau Inggeris, semua mesti fasih bahasa Melayu. Sekolah antarabangsa boleh guna Inggeris, tapi pelajar tetap perlu lulus dan kuasai bahasa Melayu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Anwar memberi amaran bahawa cadangan yang memihak kepada satu bahasa atau satu kaum sambil mengabaikan bahasa utama negara boleh menimbulkan ketegangan dan kekeliruan dasar.<\/p>\n<p>Justeru, beliau mengingatkan mana-mana pihak yang ingin membawa cadangan berkaitan bahasa supaya mematuhi prinsip asas perlembagaan.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Nga Kor Ming dilapor berkata DAP merancang menemui Anwar untuk membincangkan isu pengiktirafan UEC.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan setiap tuntutan berkaitan bahasa, bangsa atau kaum perlu menghormati kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Beliau berkata prinsip itu bukan sahaja akan terus dipertahankan, malah mesti dijadikan garis panduan sebelum mana-mana cadangan lain, termasuk pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), dipertimbangkan. \u201cIni Malaysia, bahasa Melayu ialah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5931,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,2678,63,1288,18,2350,2666],"authors":[],"class_list":["post-5930","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-bahasa-melayu","tag-dap","tag-isu","tag-pmx","tag-tuntutan","tag-uec"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5930","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5930"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5930\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5932,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5930\/revisions\/5932"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5931"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5930"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5930"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5930"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5930"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}