{"id":5945,"date":"2025-12-13T06:25:04","date_gmt":"2025-12-13T06:25:04","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5945"},"modified":"2025-12-13T06:25:04","modified_gmt":"2025-12-13T06:25:04","slug":"persaraan-azam-perlu-jadi-pemangkin-reformasi-sprm-c4","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/persaraan-azam-perlu-jadi-pemangkin-reformasi-sprm-c4\/","title":{"rendered":"Persaraan Azam perlu jadi pemangkin reformasi SPRM: C4"},"content":{"rendered":"<p>Perbincangan mengenai persaraan Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seharusnya dimanfaatkan sebagai titik tolak kepada reformasi menyeluruh terhadap sistem pelantikan jawatan tertinggi agensi itu, kata badan pemantau rasuah, C4.<\/p>\n<p>Menurut C4, kritikan terhadap Azam tidak wajar dilihat semata-mata berkisar soal individu atau tempoh perkhidmatannya, sebaliknya berpunca daripada kelemahan struktur dalam sistem pelantikan sedia ada.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan tidak sepatutnya menganggap bantahan orang ramai hanya tertumpu kepada tempoh perkhidmatan Azam.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun individu baharu dilantik sebagai ketua SPRM, selagi sistem itu tidak diperbaiki, masalah yang sama akan berulang,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>C4 menegaskan kerajaan perlu segera melaksanakan reformasi struktur SPRM melalui proses rundingan yang inklusif melibatkan semua pihak berkepentingan.<\/p>\n<p>Ini termasuk memperkenalkan kaedah pelantikan dan penyingkiran Ketua Pesuruhjaya SPRM secara lebih telus melalui panggilan terbuka serta proses pemilihan oleh Parlimen, misalnya menerusi jawatankuasa pilihan khas.<\/p>\n<p>Azam sebelum ini memberi bayangan bahawa kontraknya mungkin tidak disambung selepas penggal ketiganya tamat pada Mei 2026.<\/p>\n<p>Sementara itu, bekas menteri kabinet Rafizi Ramli dilaporkan berkata pelantikan semula Azam oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menjejaskan agenda reformasi kerajaan.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, C4 berkata kuasa melantik Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika ini tertumpu sepenuhnya kepada perdana menteri, satu keadaan yang disifatkan berisiko dan tidak selari dengan prinsip semak dan imbang.<\/p>\n<p>\u201cProses ini perlu didemokrasikan dengan penglibatan Parlimen supaya lebih telus, sekali gus mengurangkan konflik kepentingan dan mengelakkan pemilihan berdasarkan pertimbangan politik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>C4 juga menggesa penubuhan Ombudsman Malaysia dilaksanakan seiring dengan reformasi SPRM.<\/p>\n<p>Menurutnya, bidang kuasa Ombudsman perlu diperluaskan bagi menyiasat aduan salah tadbir, termasuk melibatkan SPRM dan agensi penguatkuasaan lain.<\/p>\n<p>\u201cOmbudsman mesti diberi kuasa pemantauan luar terhadap SPRM untuk menangani isu salah laku dan salah tadbir tanpa menjejaskan mekanisme dalaman sedia ada,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kerajaan sebelum ini memaklumkan rang undang-undang penubuhan Ombudsman dijangka dibentangkan pada awal tahun hadapan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perbincangan mengenai persaraan Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seharusnya dimanfaatkan sebagai titik tolak kepada reformasi menyeluruh terhadap sistem pelantikan jawatan tertinggi agensi itu, kata badan pemantau rasuah, C4. Menurut C4, kritikan terhadap Azam tidak wajar dilihat semata-mata berkisar soal individu atau tempoh perkhidmatannya, sebaliknya berpunca daripada kelemahan struktur dalam sistem [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":295,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,115,2683,116,285,2684,2685,18,21],"authors":[],"class_list":["post-5945","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-azam-baki","tag-c4","tag-kontrak","tag-madani","tag-pemantau-rasuah","tag-pesuruhjaya","tag-pmx","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5945","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5945"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5945\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5946,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5945\/revisions\/5946"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/295"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5945"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5945"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5945"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5945"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}