{"id":5968,"date":"2025-12-14T07:20:12","date_gmt":"2025-12-14T07:20:12","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=5968"},"modified":"2025-12-14T07:20:12","modified_gmt":"2025-12-14T07:20:12","slug":"kes-syed-saddiq-pendakwaan-putus-hala-tuju-rayuan-rabu-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kes-syed-saddiq-pendakwaan-putus-hala-tuju-rayuan-rabu-ini\/","title":{"rendered":"Kes Syed Saddiq: Pendakwaan putus hala tuju rayuan Rabu ini"},"content":{"rendered":"<p>Pihak pendakwaan dijangka memuktamadkan pendirian sama ada mahu meneruskan atau menggugurkan rayuan terhadap pembebasan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung kes penyelewengan dana RM1 juta milik Armada pada Rabu ini.<\/p>\n<p>Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM berkata, pendirian itu akan dimaklumkan kepada Mahkamah Persekutuan melalui surat secara emel kepada timbalan pendaftar mahkamah.<\/p>\n<p>\u201cTiada prosiding di mahkamah terbuka pada hari tersebut, sebaliknya hanya pemakluman rasmi kepada pihak mahkamah melalui emel,\u201d katanya dipetik laporan MalaysiaGazette.<\/p>\n<p>Menurut beliau, pihak pendakwaan akan mengadakan perbincangan dengan Peguam Negara bagi mendapatkan arahan lanjut sebelum membuat keputusan muktamad.<\/p>\n<p>\u201cPendakwa Raya mempunyai budi bicara di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan untuk memulakan, menjalankan, meneruskan atau menghentikan prosiding jenayah pada mana-mana peringkat,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Jumaat lalu, panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan memberi tempoh seminggu kepada pihak pendakwaan untuk menentukan sama ada rayuan terhadap Ahli Parlimen Muar itu akan diteruskan.<\/p>\n<p>Presiden Mahkamah Rayuan, Abu Bakar Jais, menyifatkan tempoh tersebut sebagai ruang \u2018bertenang\u2019 bagi membolehkan pendakwaan menilai semula kedudukan kes sebelum mahkamah menetapkan tarikh keputusan.<\/p>\n<p>Dalam prosiding itu, mahkamah turut mencadangkan agar pendakwaan menilai keyakinan mereka terhadap kekuatan rayuan berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cJika pendakwaan yakin masih boleh membuktikan kes, teruskan. Jika selepas semakan mendapati rayuan tidak wajar dikekalkan, maklumkan kepada mahkamah,\u201d kata beliau.<\/p>\n<p>Panel berkenaan juga memberi ruang kepada pihak pembelaan untuk mengadakan perbincangan mengenai hala tuju rayuan.<\/p>\n<p>Sekiranya pendakwaan memilih untuk meneruskan rayuan, mereka diberi tempoh seminggu untuk memfailkan hujahan bertulis tambahan, diikuti hujahan balas oleh pembelaan.<\/p>\n<p>Mahkamah Persekutuan sebelum ini mendengar rayuan akhir pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan Syed Saddiq daripada sabitan serta hukuman berkaitan penyelewengan dana Armada.<\/p>\n<p>Mahkamah Rayuan turut membatalkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pihak pendakwaan dijangka memuktamadkan pendirian sama ada mahu meneruskan atau menggugurkan rayuan terhadap pembebasan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung kes penyelewengan dana RM1 juta milik Armada pada Rabu ini. Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM berkata, pendirian itu akan dimaklumkan kepada Mahkamah Persekutuan melalui surat secara emel kepada timbalan pendaftar mahkamah. \u201cTiada prosiding [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5902,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[105,414,314,58,342,512,664],"authors":[],"class_list":["post-5968","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-armada","tag-dana","tag-kes","tag-mahkamah","tag-peguam-negara","tag-pendakwaan","tag-syed-saddiq"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5968","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=5968"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5968\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5969,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/5968\/revisions\/5969"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5902"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=5968"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=5968"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=5968"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=5968"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}